CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4110|Reply: 0

Polis Tahan Penghantar Makanan, Pelanggan Restoran Bergaduh

[Copy link]
Post time 16-3-2023 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Tiga lelaki warga tempatan ditahan selepas dipercayai terlibat dengan pergaduhan di sebuah restoran di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas pada Selasa lalu dan tular di laman sosial pada Rabu.


Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zin berkata, kesemua mereka berusia antara 44 hingga 68 tahun itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.








Menurutnya, kejadian pergaduhan melibatkan penghantar makanan dan pelanggan di restoran terbabit tular di laman sosial pada Rabu.


"Kita menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 66 tahun berkenaan kejadian pergaduhan antara pengadu dan rakannya serta seorang penghantar makanan.


"ada hari sama kita turut menerima laporan daripada penghantar makanan itu dan disebabkan pergaduhan kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.


"Setakat ini punca kejadian sebenar masih disiasat," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Khamis.


Dalam pada itu, Jafri turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan sehingga menjejaskan siasatan polis.


Pada Rabu tular video berdurasi satu minit lima saat yang memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki dengan penghantar makanan.


Dalam video berkenaan, kumpulan lelaki itu dilihat memukul penghantar makanan dengan menggunakan kerusi sebelum berjaya dileraikan beberapa pelanggan di restoran terbabit.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.614367 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list