CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2505|Reply: 0

[Perlis] Saya tak 'koyak', sedia terima kritikan demi pembangunan negeri - MB Perlis

[Copy link]
Post time 16-3-2023 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Saya tak 'koyak', sedia terima kritikan demi pembangunan negeri - MB Perlis

Oleh Aizat Sharif - Mac 16, 2023 @ 3:06pm bhnews@bh.com.my






Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli




KANGAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli mengakui beliau tidak pernah 'koyak' malah bersedia menerima apa juga pandangan dan cadangan pelbagai pihak untuk kebaikan bersama ke arah pembangunan negeri itu.

Katanya, beliau membaca pelbagai komen yang dihantar kepadanya menerusi banyak kumpulan sembang dibentuk dalam aplikasi WhatsApp dan bersikap terbuka dengan kritikan diberikan.

"Saya baca semua komen diberikan, tetapi saya tak tulis (balas), saya tak pernah koyak pun apabila dikomen yang berbagai-bagai.

"Ada orang kata pada saya, YB boleh tahan dengan kritikan dan aduan dibuat ahli kumpulan (WhatsApp).

"Saya tahu ada satu kumpulan membabitkan semua parti dan ada yang disaman berjuta-juta ringgit disebabkan komen yang tidak menentu, tetapi saya tak pernah koyak pun," katanya menjawab soalan Asrul Aimran Abd Jalil (PN-Kayang) pada mesyuarat kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15, di sini, hari ini.

Asrul Aiman ingin mengetahui perancangan kerajaan bagi menjadikan pandangan dan idea rakyat sebahagian daripada kerangka pembangunan negeri.

Mohd Shukri mengakui banyak menyertai kumpulan sembang menerusi aplikasi WhatsApp bersama rakyat dari pelbagai latar belakang politik dan menerima apa juga kritikan serta pandangan masyarakat di negeri itu.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengambil kira pandangan serta idea rakyat dalam merangka pembangunan negeri.

"Contohnya dalam membangunkan sesebuah kawasan dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK), kerajaan negeri akan mengadakan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bersama rakyat.

"Setiap pandangan rakyat akan diambil kira dalam merangka cadangan pembangunan kawasan, malah kerajaan negeri menerusi Bahagian Pentadbiran Daerah juga menerima permohonan, aduan dan cadangan daripada individu, wakil komuniti, persatuan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta wakil rakyat.

"Kebanyakan aduan dan cadangan diterima berkisar kepada isu pembangunan kawasan luar bandar," katanya.

Beliau berkata, platform Aduan Integriti dan Aduan Awam juga disediakan bagi membolehkan rakyat mengemukakan aduan melalui e-mel di aduan@perlis.gov.my dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

"Kaedah ini sekali gus membolehkan kerajaan negeri menerima kritikan membina daripada rakyat bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.

"Segala langkah dan usaha dilakukan ini menunjukkan kerajaan negeri sentiasa memastikan pandangan dan idea dikemukakan rakyat menjadi keutamaan untuk dipertimbangkan bagi dilaksanakan jika tidak bercanggah dengan dasar dan peraturan yang sedang berkuat kuasa," katanya.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.535849 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list