CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2487|Reply: 0

[Perlis] Polis tahan suami isteri disyaki terbabit kes amang seksual

[Copy link]
Post time 16-3-2023 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Polis tahan suami isteri disyaki terbabit kes amang seksual



Oleh Aizat Sharif - Mac 16, 2023 @ 2:36pm bhnews@bh.com.my






Gambar hiasan




ARAU: Seorang lelaki dan isterinya yang juga pengendali sebuah rumah kebajikan kanak-kanak di Perlis ditahan polis bagi membantu siasatan kes amang seksual membabitkan seorang daripada penghuni rumah kebajikan berkenaan.

Sumber berkata, kedua-dua suspek yang dipercayai berusia dalam lingkungan 50-an direman sejak minggu lalu.

"Difahamkan, kejadian berlaku di rumah suspek di Jejawi, Arau dan mangsa berusia 20 tahun serta masih berada di bawah perintah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis.

"Kejadian pula dilaporkan oleh mangsa sendiri yang tampil membuat laporan polis awal bulan ini dan tidak dapat dipastikan sama ada perlakuan seksual itu sudah berlaku sejak sekian lama ketika mangsa masih berada di bawah usia ketika itu atau tidak," katanya.

Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Ahmad Mohsin Md Rodi ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana amang seksual.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan kes berkenaan kerana siasatan masih diteruskan.

Sementara itu, tinjauan di rumah kebajikan itu mendapati penghuninya sudah dipindahkan ke beberapa kemudahan rumah perlindungan kanak-kanak JKM Perlis di negeri itu.

Pengarah JKM Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa ketika dihubungi turut tidak mahu mengulas lanjut perkembangan kes berkenaan.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.465025 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list