View: 3172|Reply: 2
|
Polis Johor Dapat 16 Laporan Berhubung Ceramah Hina Institusi Diraja
[Copy link]
|
|
16 laporan diterima polis berhubung video memaparkan ceramah berunsur penghinaan terhadap institusi diraja yang tular, semalam.
Dalam video itu, seorang penceramah lelaki membuat kenyataan didakwa mempunyai unsur penghinaan terhadap institusi diraja.
Gambar hiasan
"Siasatan kes ini dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat menerusi kenyataan media, hari ini.
Tambahnya dipetik Harian Metro, individu didapati bersalah menghasut boleh dipenjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, manakala bagi perbuatan membuat kenyataan yang mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara, individu boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
"Bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, mereka boleh didenda RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya.
Kamarul Zaman Mamat.
Justeru, orang ramai digesa lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan ketidakharmonian serta mendatangkan kegentaran awam.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai tak dpt bentuk kerajaan?? |
|
|
|
|
|
|
|
memang la cari pasal.
umpamanya gini, bina kapal bagus untuk sebarang tujuan, tapi masalah bermula nakhoda guna kapal untuk kepentingan diri sendiri, atau sekadar pegang title nakhoda (lantak la kau penumpang kapal, anak2 kapal hanya kena layan nakhoda aja), atau guna kapal untuk kepentingan sesuatu agenda/group....
jadi, kenapa nak serang salahkan kapal? petik lah nakhoda directly. |
|
|
|
|
|
|
| |
|