CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3396|Reply: 0

Erry sandaran pingat acara angkat berat Sukan SEA

[Copy link]
Post time 16-3-2023 09:10 AM | Show all posts |Read mode

ERRY menjadi sandaran negara untuk merangkul sekurang-kurangnya pingat gangsa pada Sukan SEA Kemboja Mei depan.

Erry sandaran pingat acara angkat berat Sukan SEA




SKUAD angkat berat negara percaya mereka tidak akan pulang tangan kosong pada Sukan SEA Kemboja 2023 Mei depan dengan sandaran Muhammad Erry Hidayat untuk memenangi pingat.

Jurulatih angkat berat kebangsaan, Yon Haryono yakin terhadap pemenang perak Sukan Komanwel Birmingham itu yang kini berada pada prestasi terbaik.

Erry akan ke Surabaya, Indonesia bagi menjalani latihan selama sebulan dan dia diramal mampu meraih sekurang-kurangnya gangsa pada sukan dwitahunan itu.

“Erry dalam tempoh sebulan ini akan mengikuti program yang sudah direncanakan dan harap dia lakukan catatan terbaik.

“Justeru, berdasarkan pencapaian semasa Erry serta pesaingnya, sudah tentu tidak mustahil dia boleh bawa pulang pingat gangsa,” katanya ketika ditemui di (MSN) semalam.

Pada Sukan SEA Vietnam tahun lalu, Erry yang juga anak kepada bekas jaguh angkat berat negara, Hidayat Hamidon itu membawa pulang gangsa apabila melakukan angkatan keseluruhan 316 kilogram (kg).

Sementara itu, mengulas ketiadaan dua badang negara, Muhamad Aznil Bidin dan Mohamad Aniq Kasdan ke Sukan SEA Kemboja nanti, Yon menjelaskan, dua atlet berkenaan terpaksa me­nyertai kejohanan lain bagi mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Aniq dan Aznil akan mengikut atlet-atlet lain menjalani latihan di Surabaya sebelum kedua-duanya berlepas ke Kejohanan Asia di Korea Selatan yang menjadi medan mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik.

“Oleh itu, mereka perlu me­lakukan persiapan rapi dan terpaksa melupakan Sukan Sea Kemboja, sekali gus mengharapkan lima wakil negara di Kemboja melakar kejutan nanti,” ujarnya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... at-berat-sukan-sea/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19671 Replies : 97
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 201083 Replies : 4737
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9992 Replies : 53
เว็บแทงบอลยูโร เดิมพันบอลยูโร สมัครแอดไลน์ @UFADEAL แทงบอลบนมือถือ บอลเต็ง ...
khawjaw67เว็บแทงบอลยูโร เดิมพ
Views : 0 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 91310 Replies : 633
แทงบอลยูโร เว็บแทงบอลยูโรอันดับ 1 สมัครแอดไลน์ @UFADEAL ฝากถอนระบบออโต้ ไม่...
khawjaw67แทงบอลยูโร เว็บแทงบอ
Views : 0 Replies : 0
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27226 Replies : 108
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 192315 Replies : 1713
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5101 Replies : 11
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73704 Replies : 323

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.079334 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list