CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3387|Reply: 8

18,740 Unit Terbiar, Kerajaan Komited Baik Pulih Kuarters Guru

[Copy link]
Post time 15-3-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Usaha membaik pulih dan menyelenggara kuarters guru yang mengalami kerosakan kritikal sedang digerakkan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.


BH Online melaporkan, beliau memaklumkan kerajaan komited menyediakan prasarana pendidikan termasuk kuarters guru yang selamat dan kondusif untuk diduduki.




Gambar hiasan - Utusan




Secara keseluruhan, katanya, kuarters guru Kementerian Pendidikan (KPM) berjumlah 47,947 unit yang mana 29,207 unit sedang diduduki dan baki 18,740 unit tidak didiami.


"Kerosakan struktur kuarters akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) manakala kerosakan tidak membabitkan struktur dilaksanakan oleh KPM.


"emantauan dibuat dari semasa ke semasa oleh JKR dan KPM bagi memastikan skop kerja dipatuhi mengikut spesifikasi ditetapkan," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) berhubung jumlah kuarters guru dan perancangan baik pulih dan selenggara kuarters uzur.


Bagi kuarters tidak didiami, Hui Ying berkata, KPM melantik perunding hartanah bagi menjalankan kajian mengoptimumkan premis berkenaan di seluruh negara.


Katanya, skop kajian merangkumi cadangan penyelesaian bagi mengoptimumkan kuarters kosong di seluruh negara dan dijangka siap akhir bulan depan.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt daerah iols ni byk kuarters guru yg kosong je nmpknya.. cikgu2  pakat beli umh sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kuarters guru kawasan luar bandar tak dapat sambutan sgt sebab sewa rumah kampung /teres lebih kurang sama dgn kuarters guru yg jenis apartment. Kuarters guru pulak apartment yg takde lift. Tapi kalau kuarters guru kawasan bandar ni laku je kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah tengok kuaters guru yang 4 ke 5 tingkat yang takde lift tu 'berhantu' takde orang duduk, ground floor je ada orang.

tiba tiba bila kawasan sekitar membangun, terus penuh blok tu. baiki kuaters pun pakai dulukan duit sendiri katanya, rumah sewa mencanak naik time tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal tak open sewakan pada orang luar. Boleh gak dpt duit tambahan drpd biarkan berkulat gitu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x penuh penjawat awam lain patut duduk, rumah size besar tu kalau aprtment luar kecik 800-1000
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2023 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Buduh kan. Merata2 kuaters guru terbiar ni serata negara. Dah tau bina kt luar bandar besar mcm kl/selangor/johor/penang, buat jugak tingkat2. Pastu bersawang jadi tmpt penagih. Yg sedia pls repair blk pastu bagi la pada penjawat awam lain sewa. Kasi sewa murah2 sudei.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini mbazir ni..kuarters nih bawah kuasa siapa ye..baik rumah yg kosong no disewakan kpd rakyat yg nak menyewa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 09:53 AM | Show all posts
patut open dekat kementerian lain sekali untuk guna, kalau takda sangat, open dekat orang luar sekali

ni ada sesetengah tu, perabut dia reput camtu je, takda orang guna dari day one lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.325829 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list