CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3894|Reply: 8

Geng IC Merah Jadi ‘Pointer’ Dan ‘Transporter’ Bawa Masuk PATI

[Copy link]
Post time 15-3-2023 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Sinar Harian melaporkan, segelintir warga asing bertaraf pemastautin tetap didapati menjalankan kegiatan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) khususnya di Selangor.


Mereka kebiasaannya menjadi ‘pointer’ dan juga ‘transporter’ dalam penyusunan lokasi pendaratan dan waktu bagi mengambil PATI.


Menurut sumber, modus­ operandi terbaharu itu dikesan menerusi penangkapan dilakukan pasukan keselamatan dengan mendapati golongan itu bersama PATI yang telah lama berada di negeri ini akan menyewa kereta untuk mengangkut PATI yang baru mendarat.




Gambar hiasan




Katanya, mereka akan berhubung dengan ketua sindiket di Indonesia dengan menghantar lokasi pendaratan sebelum maklumat itu diberikan kepada tekong laut.


“Kesemua PATI yang baru mendarat majoriti tidak mengenali tekong darat di negara ini dengan trend transit pada masa sekarang adalah jenis rumah teres berkembar yang disewa oleh PATI yang telah lama me­netap di Malaysia.


“Kebanyakan mereka akan dihantar atau pergi ke sektor pembinaan, kedai makan dan pembersihan di Kuala Lumpur, Pahang, Kelantan dan Johor,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Kata sumber itu, majoriti PATI adalah warga Indonesia dan kadang-kadang diselitkan dengan warga asing dari negara lain ­seperti Bangladesh.


Ujarnya, kebanyakan lokasi PATI berlepas dari Tanjung Balai, Indonesia dan tekong yang membawa PATI bukanlah yang pernah bekerja di Malaysia.


“Mereka masih lagi berpandukan rumah api dengan dibantu oleh lokasi telefon yang diberikan oleh ketua sindiket yang memperolehi lokasi tersebut dari Tekong darat di Malaysia.


“Bayaran PATI kepada sindiket antara RM1,000 hingga RM1,800 untuk satu individu. Wang tersebut diperolehi menerusi simpanan hasil daripada bekerja sama ada di Indonesia atau Malaysia,” katanya.


Kebanyakan tekong darat dikatakan masih menggunakan laluan tikus bagi aktiviti tersebut berbanding jalan utama.


Sumber menegaskan, transporter semakin berani terutama bagi melepaskan diri apabila menawarkan rasuah antara RM3,000 hingga RM12,000 kepada pasukan keselamatan.


“Setakat ini, terdapat dua sindiket utama yang masih aktif yang kemudiannya dipecahkan kepada sindiket-sindiket kecil. Rantaian sindiket adalah turun-temurun iaitu dari bapa kepada anak dan pada masa yang sama bapa masih belum pencen daripada aktivti ini.


“Berdasarkan rekod PATI pula yang disemak sebelum ini tiada rekod jenayah. Untuk rekod jenayah di negara asal, kita tiada akses untuk membuat semakan. Ada juga PATI yang masuk sini disebabkan telah berkahwin dengan warga tempatan,” katanya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2023 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pon..dorang siap dh target nk kawen dgn laki or pompuan msia supaya dpt kerakyatan sini..Ade group lgi .

Dpt kawen dgn org sini,bukak bisnes n bwak sedara mara keje situ
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami tau tahap kebodohan mereka..mereka sahaja yang perasan mereka itu bijak...mudah banget kami perbodohkan mereka-Indong....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tak yah pandang jauh
jiran iol ni haaa kawen bangla
hambek kooo bangla kaya
tapi jenis sombong
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 09:21 AM | Show all posts
Takper..kejap lagi aktivis Adrian Pereira dtg back up....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 09:32 AM | Show all posts
Hukum kalau dapat tangkap.. Tarik balik PR dia selama-lamanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2023 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
X heran pun sbb penguatkuasa kt msia ni pun haramjadah makan rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
cucuq replied at 15-3-2023 08:48 PM
Mmg pon..dorang siap dh target nk kawen dgn laki or pompuan msia supaya dpt kerakyatan sini..Ade gro ...

Pttnya dah buat peel dajal gitu strip aje..ic merah ka biru ka...dah kawin ads anak ke...bior dia balik ke negara asalnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 16-3-2023 09:41 AM
Pttnya dah buat peel dajal gitu strip aje..ic merah ka biru ka...dah kawin ads anak ke...bior dia  ...

Xde maknanya wey..dorang bijak kalo Ade anak if cerai dorang akan ambik hak jagaan anak  utk pastikan dorang akan stay sini..dorang akan gunakan kelebihan jadi isteri/ suami tempatan n Ade anak tmpatan utk trus tinggal sini..xyah harap dgn penguatkuasa msia ni takkan ketat nnti msti Ade yang menyalak..dorang ni aim / target nk kawen dgn org kite utk dpt ic..baik laki or msia..xlama lagi mmg penuh lah dorang ni jdi warga msia..berlambakk dah skrang..

Tgok kedai dorang semua org dorang yg keje..bersatu hati sgtt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.101164 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list