Tambah isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz ini, dia bersyukur kerana wanita kuat itu telah memulakan perniagaan sendiri.
“Saya gembira melihat dirinya yang kini sudah hendak mulakan perniagaan. Kuat demi mencari rezeki untuk anak-anak. Saya usaha yang dia mulakan ini akan menemui hasil terbaik dan semoga Shuhada terus maju jaya.
“Sebelum ini, saya dan Shuhada memang ada berhubung. Dia ada memberitahu masalah yang dihadapi, namun saya tak mahu mengulas lebih lanjut. Biar saya simpan sendiri sahaja.
“Shuhada ada minta pendapat dan nasihat, tapi saya selalu beritahu Shuhada, apa-apa pun, dia perlu ikut kata hati dan terus cekal kerana saya hanya boleh beri semangat sahaja,” katanya ketika ditemui di pelancaran koleksi Spring / Summer 2023 jenama antarabangsa Aigner di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sumber: Xtra