View: 4021|Reply: 2
|
Uyaina Merancang, Tepis Spekulasi Hamil Anak Kedua
[Copy link]
|
|
Uyaina Arshad yang sering ditanya soalan berkaitan kehamilan sejak kebelakangan ini menepis spekulasi hamil anak kedua.
“Soalan mengenai kehamilan ini sudah saya terima beberapa kali juga, ada orang bertanya kepada saya. Lebih-lebih lagi, bila ada selebriti lain yang sedang berbadan dua, jadi orang turut bertanya kepada saya.
IG
“Jika ada berita baik, sudah semestinya saya akan kongsikan kepada semua. Sama seperti kehamilan pertama dahulu. Jika ada khabar gembira, pasti saya akan ceritakan tetapi buat masa ini, memang saya tidak hamil, belum lagi,” kata Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad.
Menurut Xtra, juara Nona Manis ini mengaku jadual kerjayanya agak padat sejak menimang anak sulungnya dengan penyanyi Raja Syahiran pada September 2022 iaitu Raja Urhan.
“Boleh dikatakan merancang juga. Cahaya mata pertama saya baru berusia enam bulan dan jadual seni saya kini boleh dikatakan agak padat biarpun sekarang saya belum menerima tawaran lakonan.
“Saya masih menapis tawaran dan skrip yang dirasakan berbaloi, dari segi masa, dari segi tenaga sebagai seorang ibu dan seorang isteri.
“Saya mahukan sesuatu yang berbaloi untuk saya melangkah semula ke set penggambaran dan menghabiskan masa yang lama di sana.
“Saya tak nak buat sesuatu yang hanya dapat penat sahaja, jadi ada baiknya jika saya menerima tawaran yang benar-benar menguji bakat lakonan saya,” kata pelakon dan pengacara itu ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen jenama pakaian wanita Ariani, Layar Raya 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
katek ye laki sheols walaupun dah pakai kasut tapak tebal... ehehe |
|
|
|
|
|
|
|
mcm makin sendu sheols lepas kahwin |
|
|
|
|
|
|
| |
|