View: 6145|Reply: 7
|
Biadab! Jenama Streetwear Terkenal Cetak Kalimah Allah Atas Pakaian Dalam Pertunjukan Fesyen
[Copy link]
|
|
Biadab! Kalimah Allah dicetak pada jenama pakaian streetwear mewah Australia.
Jenama Not A Man’s Dream mempamerkan dua reka bentuk pakaian dalam pertunjukan terakhir Festival Fesyen Melbourne pada Sabtu lalu di mana salah satu rekaan menampilkan model memakai jumpsuit tanpa lengan diperbuat daripada fabrik lut sinar dengan tulisan Arab bertulis ‘ALLAH berjalan bersama saya’ di seluruh badannya.
 SBS News
Mona Khalifa, blogger fesyen Muslim yang menghadiri pertunjukan itu amat terganggu apabila melihat rekaan tersebut.
Berikutan itu, Mona Khalifa memuat naik satu video di TikTok meluahkan rasa amarah dan kesalnya dengan rekaan fesyen berkenaan.
Tegasnya, rekaan itu secara terang-terangan tidak menghormati orang Islam dan Kristian Arab yang berkongsi perkataan Arab untuk Tuhan.
Susulan kontroversi itu, Festival Fesyen Melbourne dan pereka fesyen Not A Man’s Dream telah mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka.
"Festival ini tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa dan kami memohon maaf atas sebarang kesalahan yang dilakukan,"menurut kenyataan tersebut.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Kurang kerja asyik provok orang. Dah tak ada idea sangat la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak kena panah petir pula iya sister? |
|
|
|
|
|
|
|
Membongakkkk jahhh takde niat. Maaf laa sangat padahal memang sengaja jahhhh agenda nak menaikkan darah ummat Islam. Macam tak tahu dah banyak kali dah berlaku. Puihhh sangat.
Streetwear mewah lerr sangat. Design fesyen konon meletop kebaboom da vass ujong2 fesyen hudoh camni takde marhaen yg nak pakai boleh humban ke lobang pelupusan kumbahan najis jahhh layaknya. Dasar pereka fesyen syok sendirik. |
|
|
|
|
|
|
|
negara Arab kang dah sibuk dgn pelabur asing .... so kerja berjuang utk Islam serah kat PAS dan org yg sehati sejiwa |
|
|
|
|
|
|
| |
|