View: 3664|Reply: 15
|
Tak Boleh Harap! Enam Polis Termasuk Inspektor 'Kantoi' Peras Ugut Scammer Sebanyak RM150,000
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Enam termasuk Inspektor polis dicekup selepas terlibat dalam kes peras ugut berjumlah RM150,000 dipercayai terhadap sindiket scammer warga China baru-baru ini.
Kesemua suspek dikatakan berusia 33 hingga 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penangkapan mereka susulan laporan polis dibuat seorang lelaki tempatan berhubung kes pemerasan oleh seorang pegawai polis dan lima anggota polis.
 Hussein ketika sidang akhbar di IPK Selangor, Foto: Kosmo
Katanya, mereka terdiri daripada masing-masing seorang yang berpangkat inspektor, sarjan dan konstabel selain selebihnya adalah koperal.
“Peras ugut itu berlaku dalam satu serbuan yang dipercayai ada kegiatan scammer yang terdiri warga China.
“Kita tangkap kesemua anggota polis yang disyaki terlibat dalam aktiviti tersebut pada Khamis lalu iaitu hari sama laporan diterima polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Beliau menjelaskan nilai kerugian peras ugut adalah berjumlah RM150,000 menerusi beberapa transaksi seperti didakwa pengadu.
Bagaimanapun, Hussein memaklumkan hasil siasatan mendapati polis tidak menemui atau merampas sebarang barang kes iaitu wang tunai hasil daripada suspek-suspek itu.
“Mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman sebanyak dua kali sebelum ini. Kertas siasatan telah dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan pihaknya juga sedang melakukan siasatan lanjut terhadap pengadu dan kumpulannya yang berkemungkinan terlibat dalam aktiviti scammer itu. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Pengadu rakyat tempatan...dalang besar? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 14-3-2023 11:45 AM
Memang Polis PDRM la yang lindung diorang ni...bila sipelaku/OKT tak nak bayar, OKT report la kat SPRM.
Konsep kitaran rasuah kan memang begitu modus operandi nye. Sebab tu kes scammer ni berlarutan sejak zaman dulukalanda yang takkan habis sehingga Etnik replenish dgn kaum yang lain  |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la tak pernah selesai kan..  |
|
|
|
|
|
|
|
Nak raya byk scammer
Patutlah scammer report2 x selesai2 bank cctv rosaklah simpan kwsp byk2 hujung2 kena sakau
150k kongsi 7 org
|
|
|
|
|
|
|
|
DI BEBASKAN DENGAN JAMINAN PULIS??? PAS TU PINDAH TEMPAT KERJA? ANNE ITU BUKAN PURAS HUGUT TP MONTHLY PAYMENT |
|
|
|
|
|
|
|
"dah kena dah...penyamun 'jual' si penyangak"-Abdul Wahub... |
|
|
|
|
|
|
|
polis mmg xleh hrap pon ko bru tau ke |
|
|
|
|
|
|
|
nampak berita ni malam tadi, tapi tak faham
ingat ke, scammer menyamar jadi polis
rupanya polis yang jadi babi |
|
|
|
|
|
|
|
So nila bapak kepada scammer yg sebenarnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
sebab itu la kongsi2 gelap boleh mendabik dada dgn mengatakan
polis2 pn kita ssudah kaw tim..
|
|
|
|
|
|
|
|
polis pun nak beli barang mahal gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada la kawan bang salim ,
mendabik dada ckp dia dah masuk polis, berpangkat plak tu
siap tunjuk kawan polis dia bantai seorang OKT , simbah air dsbnya
dia cakap, esok2 kalo dia report aku, aku report mmber aku ni, dia bantai orang
wa ckp: oh korang mmg bantai orang ek/?
member : ya la OKT mmg kena bantai
wa: tp yg meskin je la kan? kongsi gelap yg kaya2 ni tak kena kan?
member : ha salim ni ada rokok jdb sekartun, ada la makanan2 sikit dr hamper sykt swasta bagi ...ambik la dlm kereta aku byk sgt ni hamper kami dpt..
psatu tutup henfon
dah tak dtg rumah wa lagi dah wakakaka
|
|
|
|
|
|
|
|
yeenie btl..sbb tu dorang xheran..penah jgk dgr org cite mcm nie
|
|
|
|
|
|
|
|
aikk polis lak tlg scammer. tahan terus la klu dah tau org tu scammer |
|
|
|
|
|
|
|
folo aje akaun telegram Edisi Siasat (ES), bertimbun2 cerita salah laku polis nyeh gitulah dugaan orang ada pangkat, tabur duit sikit terus alpa.
apepun kata kunci dia, anak2 polis tak menjadi kecuali polis yang baik, jujur, dan amanah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|