View: 16333|Reply: 48
|
"Terus Dia Letak Telefon Bro!! Dengar Suara Dia Terus Letak" - Kata KJ Kepada Johan
[Copy link]
|
|
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar boleh dianggap cemerlang sebagai DJ stesen radio HotFM sejak memulakan tugas pada 15 Februari lalu.
Figura yang lebih popular dengan panggilan KJ, 47, yang mengendalikan segmen Bekpes bersama Johan, AG dan Fara Fauzana sentiasa menjadi bualan netizen dan dinantikan oleh setiap pendengar.
Baru-baru ini, seorang pemanggil wanita yang merupakan seorang pelajar Perancangan Wilayah sedang bercakap dengan DJ KJ dikatakan secara tiba-tiba memutuskan panggilan telefon selepas Johan mencelah perbualannya dengan KJ.
"Hahahahaha masuk je @jozlynnhanania , terus letak caller tu. Dia nak cakap dengan KJ je eh!"
Pada mulanya, KJ bertanyakan pelajar tersebut pendapat mengenai perancangan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur. Ketika pelajar tersebut memberikan pendapat, Johan dilihat mencelah dan seterusnya panggilan tiba-tiba terputus.
"Haa nampak dia tak suka cakap ngan kau" kata AG kepada Johan.
"Terus dia letak telefon bro!! Dengar suara dia terus letak" kata KJ pula disambut dengan gelak tawa.
Rakaman video ketika panggilan itu yang dikongsikan di Instagram rasmi HotFM967 telah menerima pelbagai reaksi ramai. Ada yang terhibur melihat situasi itu namun ramai juga yang mengkritik Johan.
Walau bagaimanapun, pelajar tersebut juga turut memberi komen dan menerangkan apa yang sebenarnya terjadi ketika itu.
Menurutnya, panggilan itu terputus sendiri dan bukannya dia yang memutuskan panggilan tersebut. Mungkin "line" tak clear atau kredit habis kot.
Apapun, keputusan KJ menyertai HotFM dilihat mendapat sambutan baik daripada para pendengar malah dia juga dilihat sangat berbakat menjadi penyampai radio. Betul tak? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Johan mmg tak lawak. Dgr iklan lagi best dari dgr Johan cuba berlawak.
iols lagi rela dgr Era dari Hot FM kalau pagi2. |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah bila pelawak, pelakon jd dj..sendiri cakap sendiri berdekah2..try hard sgt nk buat lawak. Bukan hotfm je..sinar fm pun sama. Si elizad tu pun sama ketawa ngilai2 entah apa motip. Seghabut! |
|
|
|
|
|
|
|
Apa benda french fries?? Tiber
|
|
|
|
|
|
|
|
ewww busuknya rupa kj ni. |
|
|
|
|
|
|
|
hot ni mmbazir btl byr johan. lawak dia dh terkebelakng dan merapu sgt |
|
|
|
|
|
|
|
hot ni suke ambik dj2 recycle dari era khennn... |
|
|
|
|
|
|
|
Loh kok nama dia bukan khairy bin jamaluddin |
|
|
|
|
|
|
|
Org educated bila bercakap.. Ade point2x die... Ok lah tuu combo... |
|
|
|
|
|
|
|
Sy pn rasa nak call bila kj bertugas...hahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Bosanlah asyik nak kena ada karakter bodoh. Dia ingat habis kelakar lah bila jadi bahlol |
|
|
|
|
|
|
|
harap sangkut la kne tarik dalam kes abah kau..biar johan sorg2
hamzah zainudin next |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dgn kemasukan KJ ke hot fm akan membuta mata dan telinga boss2 di stesen radio utk hire DJ2 yg lebih intelektual mcm dulu2. Zaman2 halim othman, jamal jamaludin, seelan paul, dorg ni byk bg info segar dan trivia best2 ttg pengetahuan am, then lagu2 yg diputarkan zaman tu rs mcm gahnya industri muzik malaysia yach? Meols berenti dgr radio officially circa 2015 bila trio SY/KE/Krill tiba2 ditukar dgn beruk2 pelawak ni ha. |
|
|
|
|
|
|
|
kJ ni ayat nya bagus tersusun |
|
|
|
|
|
|
|
Johan tu buang ajela
menyemak ar
KJ kekalkan..aku layannnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
lady_bonia replied at 13-3-2023 09:08 PM
Johan tu buang ajela
menyemak ar
KJ kekalkan..aku layannnnnnn
SETUJU...
|
|
|
|
|
|
|
|
lawak ke mencelah dengan french fries? Bodoh sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
Me too!! Dulu best je dengar ERA..tak la merapu sangat..ada banyak isu2 diorang perkatakan..ni bila letak pelawak jadi DJ, menyampah bukak radio..elok la bukak spotify je
|
|
|
|
|
|
|
|
actually kan best gak kj jadi dj ni..smlm dgar dorang sembang dengan tmj nampak la kj ni buat homework x merapu sangat masa berbual tu..in fact iollss lagi suka dgar dorang berbual dari dengar lagu..awal2 je skeptikal takut dia ckap ala2 politician rupanya idok pun..kipidap KJ sbab naikkn rating bekpes hot..siyes iolss skang pagi dengar hot je |
|
|
|
|
|
|
| |
|