CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 772|Reply: 0

Susah Ereksi, Tak Boleh Buat Seks- Lelaki Tuntut RM300 Ribu, Zakar Jadi Pendek 2 Inci Lepas Pembedahan

[Copy link]
Post time 13-3-2023 09:34 AM | Show all posts |Read mode
MADRID –  Seorang pesakit menuntut ganti rugi hampir £60,000 (RM326,325) berikutan  kemaluannya yang bengkok berakhir 5.99 sentimeter (2 inci) lebih pendek selepas menjalani pembedahan pembetulan di Sepanyol.


ailOnline melaporkan, lelaki itu menuntut pampasan £59,714 (RM324,770) daripada Perkhidmatan Kesihatan Murcian, selatan Sepanyol. Ia berikutan pembedahan membetulkan zakarnya mengakibatkan saiz organ tersebut berubah, demikian menurut media tempatan.


Lelaki itu berkata, dia juga tidak dapat mengekalkan ereksi dan melakukan hubungan intim.


Gambar Hiasan




Dalam tuntutan di mahkamah, lelaki yang namanya tidak didedahkan kerana faktor privasi itu berkata,  dia menjadi mangsa kecuaian Hospital Cartagena kerana tiada siapa memberi amaran kepadanya tentang risiko pembedahan tersebut.


Lelaki tersebut juga berkata bahawa dia kemudian pergi ke Hospital La Fe di Valencia, di mana doktor telah memberitahunya bahawa masalah yang dihadapinya itu tidak dapat dipulihkan.


Bagaimanapun, Majlis Undang-undang Wilayah Murcia (CJRM) dilaporkan menolak dakwaannya dan  berkata, doktor di Hospital Cartagena telah memberitahu pesakit tentang kemungkinan pembedahan itu boleh menyebabkan dia mempunyai zakar lebih pendek.


Pada masa ini tidak jelas sama ada lelaki itu merancang untuk merayu keputusan CJRM atau membawa kesnya ke mahkamah  lebih tinggi. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 1.046658 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list