CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4698|Reply: 0

[Perlis] Reman polis tembak mati isteri disambung

[Copy link]
Post time 12-3-2023 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Reman polis tembak mati isteri disambung


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Laporan terdahulu




Kangar: Tempoh reman anggota polis yang menembak mati isterinyadi Kampung Bendang Baru, Simpang Empat di sini, 5 Mac lalu disambung lima hari lagi hingga 17 Mac depan.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Kangar Siti Nor Hasliza Md Ali di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini, susulan suspek yang masih menjalani rawatan di HTF.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan sambungan reman terhadap anggota berpangkat Lans Koperal berusia 27 tahun itu.

"Dalam masa yang sama juga kita sedang menunggu laporan bedah siasat mangsa, manakala, suspek berada di hospital ini untuk terus menjalani pemeriksaan klinikal kesihatan dan psikiatri," katanya.

Suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis disyaki membunuh Safsufarnisya Salleh, 26, yang hamil lima bulan dengan menembak lebih lima das pada jarak dekat.

Kejadian berlaku dalam bilik di rumah keluarga pasangan berkenaan dengan tembakan terkena bahagian muka di mata kiri mangsa dan mangsa maut di tempat kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.




Disiarkan pada: Mac 12, 2023 @ 11:01am














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.532532 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list