|
Edited by Lagubestbest at 11-3-2023 09:13 PM
Ekonomi suram sampai 2026 kemudian meleset.
Petunjuk pasaran hadapan di Perbendaharaan (perbendaharaan) memberi tanda penyongsangan lengkung hasil (yield curve inversion) akan berterusan sehingga 2026. Kemudian jangkaan penurunan (downturn) mulai berlaku pada Ogos 2026.
- Jonathan Golub, Ketua Strategi Saham, Credit Suisse.
U.S. 10-YEAR YIELD MINUS U.S. 2-YEAR YIELD
Apabila hasil bon jangka pendek (2-tahun) mengatasi hasil bon jangka panjang (10-tahun), ini petunjuk kukuh kemelesetan akan hadir. Lengkung hasil adalah petunjuk berguna dalam menentukan kehadiran kemelesetan, dan sekarang lengkung hasil telah menyongsang selama beberapa bulan. Dan pasaran hadapan perbendaharaan menunjukkan penyongsangan akan berterusan sehingga Januari 2026. Penyongsangan ini akan kekal selama 26 bulan, dan ini luarbiasa berbanding kebiasaan selama 6 hingga 18 bulan pada kitaran-kitaran sebelumnya.
Kemelesetan teknikal akan menyerang pada suku ke-3 2026
- CEO, Bank of America. USA mungkin boleh elak kejatuhan, tapi kumpulan kami bersedia menghadapi "mild recession" pertengahan tahun ini.
- CEO, JP Morgan.
Jadi andaian logiknya kemelesetan seterusnya hanya akan bermula setidaknya sekitar 2025, atau lebih tepat pada Ogos 2025 berdasar data-data lalu. Ini sangat kontra berbanding jangkaan pada 2023 oleh para peramal lain.
Walaupun kemelesetan tertunda, sakit tu tetap akan datang terhadap ekonomi. "Stagflation lite" akan berlaku dalam jangka masa interim.
Stagflation = Inflasi tinggi tambah pertumbuhan rendah. Ekonomi suram gitu. Inflasi menjengkelkan tapi tidak dramatik. Lemah pertumbuhan ekonomi, tapi bukan macam kemelesetan. Tidak bagus untuk saham.
Saham jatuh -26%, susulan kadar faedah tinggi memberat atas ekuiti.
- Ketua Strategi Saham, Morgan Stanley.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|