CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 865|Reply: 1

'Baju Melayu Tak Perlu Diubah, Terlampau Moden Pun Orang Tak Gemar' - Aeril Zafrel

[Copy link]
Post time 10-3-2023 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Tidak dinafikan perkembangan fesyen memberi nafas baru pada rekaan baju Melayu.


Bagaimanapun, pakaian yang menjadi tradisi sejak berzaman-zaman itu kelihatan semakin hilang keasliannya.




IG




Baju Melayu yang membuat kaum Adam kelihatan segak kini direka dengan potongan sendat dan singkat.


Malah, ada yang menggunakan fabrik jarang bagi menyelit elemen seksi.


Biarpun pelbagai transformasi diberikan ke atas pakaian tradisi Melayu, pelakon Aeril Zafrel yang muncul dengan koleksi terbaharu berkolaborasi bersama HijabistaHub, Soultan, percaya baju Melayu tidak perlu terlalu hipster.




IG




"Saya dah jual baju Melayu lebih lima tahun, peminat tak suka terlampau fancy, trendy sangat. Mereka suka baju Melayu macam dulu-dulu cuma kelebihan adanya butang yang pelbagai serta aksesori ringkas untuk menambahkan seri.


"Malah, kalau sepasang baju Melayu itu dipotong dan dijahit cantik, tambah pula warna yang menarik, orang akan senang terpaut!


"Baju Melayu tak perlu diubah-ubah jadi sesuatu lain. Ia takkan laku, hanya dibeli orang tertentu. Terlampau moden pun orang tak gemar," katanya.




IG




Jenama Soultan diberikan oleh Aeril sendiri menerusi kerjasama sulung bersama HijabistaHub tahun ini. Malah, koleksi itu pertama kali dilancarkan dan dipamerkan kepada khalayak dalam acara yang berlangsung di JW Mariott Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting jenis fabric yg sesuai dgn cuaca Malaysia ni. Jgn design bombastik tp boleh pkai setengah jam je sbb tak selesa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.126209 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list