View: 4722|Reply: 4
|
Buli Jalanan: Pemandu Hilux Dan BMW Akan Dipanggil
[Copy link]
|
|
SEREMBAN – Polis akan mengambil keterangan pemandu trak pikap Toyota Hilux dan kereta jenis BMW yang terlibat dalam kejadian buli jalanan di Lebuh Raya Seremban Port Dickson (SPDH) seperti yang tular di Tik Tok.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pada pukul 10.30 pagi hari ini, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 16 saat memaparkan kejadian buli jalanan yang disunting melibatkan dua buah kenderaan.
“Kedua-dua pemandu dan saksi kejadian akan dipanggil untuk diambil keterangan. Siasatan mendapati kejadian berlaku pukul 2 petang, 30 Disember 2022 di Lebuh Raya SPDH menghala ke arah Port Dickson.
“Ia melibatkan seorang lelaki berusia 32 tahun yang memandu Toyota Hilux dan lelaki berusia 52 tahun yang juga pemandu kereta BMW,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Nanda berkata, berdasarkan siasatan kejadian berpunca akibat pertelingkahan dua pemandu itu di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Mambau akibat beberapa komponen batang paip terjatuh daripada trak pikap dan hampir mengenai kereta BMW.
“Setelah berlaku pertelingkahan dan kedua-dua pihak beredar dari lokasi. Pemandu Toyota Hilux mengekori pemandu BMW dan memberhentikan kenderaan di lorong kanan di simpang empat lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson.
“Pemandu Toyota Hilux merakam gambar pemandu BMW kerana dia dirakam oleh pemandu BMW ketika berada di RNR Mambau,” katanya.
Selepas kejadian, kedua-dua pemandu terputus haluan ke arah destinasi masing-masing dan tiada kesinambungan kejadian yang tidak diingini yang berlaku ke atas kedua-dua pihak selepas itu. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga semua road bully bangsat ni akan terseksa hidup dan mati
Dan kene eksiden smpi jd cacat oku sekaligus dpt covid final stage dan x dpt bernafas lantas mampos dlm keadaan hina dina
Esp road bully yg duk area sememyih eco majestic acah2 T20 tp pakai keter pinjam keter curik |
|
|
|
|
|
|
|
pasal batang besi jatuh , dah banyak kes terbang masuk kereta belakang. bila lagi kerajaan nak haramkan alatan besi naik lori canvas. dah patut guna lori kotak. |
|
|
|
|
|
|
|
patot la.. apa la bawak batang besi, jgn kata bmw, keta axia pun marah derrrr kut kena keta dia
meols mat2 muto park muto depan keta meols pun dah dapat jelingan maut, tu blom lagi jatuh batang besi.. mcm takde tpt korang nak park, menyelit2 dekat parking keta, nak bukak pintu pun susah ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
kut calar tu acaner lak nak kira |
|
|
|
|
|
|
|
rod besi tu kalau jatuh kena orang naik motor mmg boleh arwah. akak paham org yg pakai 4x4 ni mmg majoritinya tak berapa bijak memandu, tp sekurang2nya belajar la cara securekan muatan.
kalau tanya org2 senior yg dah berpuluh tahun bawak 4x4 ni mmg semua menyampah dgn drebar 4x4 muda2. nak2 perempuan ponder timbang kilo, owner butik, owner restaurant yg nak jugak pakai 4x4 walaupun sebenornya van tu paling sesuai utk muatan keje korang. yg betul2 bawak 4x4 ni masing2 tahu kena bawak
lagi berhati2 dr kenderaan biasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|