CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2860|Reply: 1

Seoul Rancang Bina Roda Feris Tanpa Hab Tertinggi Dunia

[Copy link]
Post time 9-3-2023 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Roda Ferris tanpa hab tertinggi di dunia dirancang dibina dekat tebing Sungai Han, berhampiran Stadium Piala Dunia di barat laut Seoul.


The Straits Times melaporkan, Kerajaan Metropolitan itu akan membina roda Ferris berketinggian 180 meter (m) di Taman Haneul dan terletak di puncak bukit itu akan menjadi yang tertinggi seumpamanya, kata pihak berkuasa tempatan Seoul.


Menurut rekod, roda Ferris tertinggi di dunia dengan ketinggian 145 m terletak di wilayah Shandong di China, pada 2017.




The Star




Roda Ferris itu juga menjadi yang kedua tertinggi selepas Ain Dubai di Pulau Bluewaters di Emiriah Arab Bersatu (UAE), dengan ketinggian 250 m.


Dinamakan 'Seoul Ring Zero', pengunjung yang menaiki roda Ferris itu akan dapat melihat bandar dari ketinggian 276 m dari paras laut.


Ia lebih tinggi daripada beberapa mercu tanda popular di Seoul, termasuk Bangunan 63 di daerah kewangan Yeouido.


Pembinaan Seoul Ring Zero akan bermula pada 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2027.


Seoul Ring Zero akan mempunyai 36 kabin yang setiap satu boleh memuatkan sehingga 25 orang.


Dicipta menggunakan teknologi realiti, maklumat pelancongan di roda Ferris itu akan dipancarkan ke dinding kaca di dalam setiap gerabak berbentuk kapsul.


Rangka roda pula akan direka bentuk untuk menjana kuasa solar.


Kerajaan Metropolitan Seoul akan mempertimbangkan untuk memasang lif gondola dan travelator untuk memberikan pelancong akses lebih luas ke Taman Haneul.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2023 02:12 PM | Show all posts
silap2 boleh jadi time traveller bila masuk ring ni hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.034055 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list