View: 3970|Reply: 6
|
Wanita Tipu Konon Kena Pukau Rupanya Terpedaya Scammer, Dahlah Bayar Guna Duit Syarikat
[Copy link]
|
|
Kulai: Seorang wanita berusia 22 tahun bukan saja menyalahgunakan wang milik syarikat malah tergamak membuat laporan palsu bagi mengaburi perbuatannya.
Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, wanita yang bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat swasta itu mendakwa kehilangan wang RM3,766 dalam kejadian berlaku pada 1.40 tengahari pada 7 Mac lalu di Bandar Indahpura, Kulai di sini.
Menurutnya, wanita itu membuat laporan pada jam 3.10 petang pada hari sama mendakwa dipukau seorang warga emas di sebuah lorong dan kehilangan wang itu.
Gambar Hiasan
"Hasil siasatan mendapati keterangan diberikan wanita itu meragukan sebelum dia mengaku membuat laporan polis kerana menggunakan wang syarikat untuk kegunaan peribadi.
"Wanita berkenaan sebenarnya terpedaya dengan scammer dan menggunakan wang syarikat untuk membayar scammer berkenaan.
"Wanita itu membuat laporan polis kerana tidak mampu mengganti rugi wang syarikat," katanya.
Tok Beng berkata, wanita berkenaan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara enam bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali," katanya.-CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
zaman scammer, zaman judi online, zaman ais syabu ni,
aku rasa semua orang tidak boleh mempercayai sesiapa pn 100%.
kena ada control mechanism utk pantau perkara berkaitan kewangan..
bukan apa, kalo kantoi cam ni, terpaksa la buat laporan polis, lebih2 lagi duit sykt, duit sendiri boleh la di maaf kan,
pernah la dulu ada kenalan buat bisnes family, adik dia rembat duit buat main mesin judi , zaman tu takde android fon lg...
ntah mcm mana jupe bomoh, bomoh cakap toyol...hahaha
sian toyol di fitnah,
tp disebabkan family bisnes, abang dia bising2, maki2 je la, takde tindakan susulan, lepas bberapa tahun dah berbaik semula... |
|
|
|
|
|
|
|
selalu kesian jin setan kena fitnah
kali ni kesian pulak kat scammer kena pitenah
kesimpulannya - kalau diri tu busuk, jgn tuduh org lain pun busuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan dahhhh. Sesia kena reman 3 hari.
Ko nak nipu, tak pandei. |
|
|
|
|
|
|
|
off topik jap
smlm iolls call maybank sbb duit topup xmasuk
skli terdail fraud hotline
bagus la deme memalam bute kul 12 pun angkat tepon |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa: Kan dahhhh. Sesia kena reman 3 ...
Aikkkk…abis tu mcm mana dpt no fraud tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
i memang susah nak percaya dakwaan pukau2 ni apatah lagi bila melibatkan kerugian duit
Ni la contoh nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|