CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8183|Reply: 0

[Sarawak] Kebakaran: Ibu tunggal warga emas dan anak lelaki selamat

[Copy link]
Post time 7-3-2023 11:08 PM | Show all posts |Read mode


Sebuah rumah terbakar sepenuhnya di Kampung Bakong, Oya dekat Mukah sekitar jam 9.30 pagi tadi.

MUKAH: Seorang ibu tunggal warga emas berumur 64 tahun dan anak lelakinya terselamat dalam kebakaran kediaman mereka di Kampung Bakong, Oya dekat sini sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPM) Sarawak memberitahu satu panggilan diterima sekitar jam 9.58 pagi mengenai kejadian itu.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur jenis tidak kekal hangus seratus peratus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kedua-dua penghuni sempat menyelamatkan diri ketika kejadian dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Bomba membentang satu aliran 200 kaki, dua nozel, satu pam angkut dan sumber air sungai berhampiran sehingga api dapat dikawal dan dipadam.

Operasi tamat sepenuhnya jam 10.55 pagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.066222 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list