CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7992|Reply: 0

[Sarawak] Ambil tindakan tegas guru baharu enggan ditempatkan di Sarawak: KGBS

[Copy link]
Post time 7-3-2023 11:05 PM | Show all posts |Read mode


ZULKIFLEE

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) terkilan dan kesal dengan tindakan guru-guru baharu yang menolak penempatan perkhidmatan ke Sarawak.

Presidennya Zulkiflee Sebli berkata, beliau mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu.

“Mereka (guru-guru baharu) awal-awal lagi sudah melanggar arahan Perintah Am dan menentang etika seorang guru.

“Salah satu tindakan yang boleh diambil ialah dengan menangguhkan pelantikan guru-guru ini selama tiga tahun sebagai penalti kerana ingkar perintah dan arahan,” katanya kepada Utusan Borneo hari ini.

Zulkiflee berkata, isu itu harus ditangani segera kerana ia menggambarkan ada dalam kalangan guru-guru baharu dari luar Sarawak beranggapan negeri ini berkelas rendah.

“Sekiranya tiada tindakan tegas diambil, maka tidak mustahil isu yang sama akan terus berulang,” katanya.

Selain menangguhkan pelantikan guru-guru terbabit katanya, KGBS turut mencadangkan siswa guru yang sedang dalam latihan perlu menandatangani aku janji sedia berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun di mana-mana lokasi di seluruh negara.

“Ini bagi mengelakkan mereka menolak lantikan pertama setelah tamat latihan khususnya arahan lantikan pertama mereka ke wilayah Sarawak.

“Justeru, amat penting Sarawak diberi autonomi pendidikan agar masalah ini tidak timbul kerana kita boleh melantik anak-anak tempatan mengisi jawatan ini,” kata Zulkiflee.

Terdahulu, KPM memaklumkan seramai 222 daripada 3,227 guru 'one-off' yang diberi penempatan ke Sarawak tidak melaporkan diri atau menolak tawaran itu sehingga 30 September tahun lalu.

Daripada jumlah itu katanya, seramai 2,621 guru lantikan tetap dan 606 guru lantikan secara 'Contract of Services (CoS)' yang ditempatkan di Sarawak.

"Urusan pengambilan guru akan dilaksanakan berterusan dari semasa ke semasa tertakluk kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran," kata KPM menerusi jawapan lisan dalam laman sesawang Parlimen pada Isnin.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai bilangan guru pengambilan 'one-off' dan CoS yang tidak melapor diri atau menolak tawaran ke Sarawak serta tindakan diambil KPM untuk mengisi kekosongan itu.

Menurut KPM, guru kelahiran Sarawak diberikan keutamaan untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen.

Bagi pembangunan profesionalisme guru baharu, KPM telah melaksanakan Program Pembangunan Guru Baharu untuk membimbing dan membantu secara profesional dan berstruktur bagi membolehkan guru baharu mengadaptasi persekitaran, budaya dan komuniti sekolah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.362260 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list