CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7881|Reply: 0

[Sabah] Sebutan semula kes bunuh pemandu e-Hailing ditangguh 8 Mei depan

[Copy link]
Post time 7-3-2023 10:59 PM | Show all posts |Read mode


MAHKAMAH: Tertuduh (dua kanan) diiring keluar selepas prosiding mahkamah yang dijalankan 30 Januari lalu.

TAWAU : Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 8 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula ke atas wanita yang dituduh membunuh pemandu e-Hailing, 13 Januari lalu.

Permohonan tarikh sebutan baharu itu dikemukakan pasukan pendakwaan terdiri Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Khairul Azreem Mamat; TPR Rohaiza Abdul Rahman dan TPR Mohammad Fakhrurazzi Ahmad Salim di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu, di sini, hari ini.

Pihak Pendakwaan memohon kes itu ditangguh bagi melengkapkan semua dokumen selain masih menunggu laporan kimia serta laporan pakar sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Tertuduh, Nurima Juli, 33, pada 30 Januari lalu didakwa atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, yang juga seorang pemandu e-hailing terbabit.

Kejadian itu berlaku berhampiran kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, dekat sini, antara 7.30 malam hingga 10.30 pada 13 Januari lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Selain Nurimah, pada 8 Februari lalu enam anggota polis termasuk seorang awam iaitu Rosdi Rastam, 44, Denis Anat Anit, 44, Fabian Anak Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39 dan Vivien Fabian, 34, turut didakwa atas kes yang sama.

Manakala Pegawai Kanan Polis, Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, turut didakwa bersubahat dengan enam tertuduh itu membunuh Nurman di tempat dan waktu yang sama.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.150412 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list