CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7828|Reply: 0

[Sabah] Pemandu maut, treler jatuh gaung

[Copy link]
Post time 7-3-2023 10:55 PM | Show all posts |Read mode


TERBABAS: Keadaan treler selepas terbabas ke dalam gaung sedalam 28 meter.

TAMBUNAN: Seorang pemandu lelaki maut selepas lori treler dinaiki terbabas sebelum terjatuh ke gaung sedalam 28 meter di Kilometer 15 Jalan Tambunan - Ranau berhampiran Kampung Babagon di sini.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata kejadian jam 3.20 petang itu membabitkan pemandu lelaki berumur 26 tahun tersepit dalam treler dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati treler dengan muatan kayu balak itu dipercayai terbabas dan terundur sendiri lalu terjatuh ke gaung sedalam kira-kira 28 meter.

"Impak kejadian menyebabkan pemandu tersepit dalam treler sebelum berjuya dikeluarkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan,” katanya.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Polis memohon kepada saksi awam yang melihat kejadian itu untuk tampil ke Balai Polis Trafik Keningau untuk membantu siasatan," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2023/03/07/pemandu-maut-treler-jatuh-gaung-0
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.053730 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list