CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3462|Reply: 0

[Perlis] Polis tembak isteri: Siasat kemungkinan suspek ambil dadah

[Copy link]
Post time 7-3-2023 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Polis tembak isteri: Siasat kemungkinan suspek ambil dadah


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



AHLI keluarga dan kenalan yang hadir di pengebumian Safsufarnisya selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Putra, Simpang Empat, Kangar. FOTO Aizat Sharif




Kangar: Polis akan menyiasat semua aspek termasuk kemungkinan berlaku penyalahgunaan dadah oleh anggota polis yang menembak mati isterinya di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan pihaknya dan suspek yang ditahan sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

"Perkara itu (dakwaan penyalahgunaan dadah) sedang dalam siasatan," katanya secara ringkas ketika dihubungi pemberita.

Dalam masa yang sama juga, Surina menjelaskan bahawa segala prosedur operasi standard (SOP) mengenai suspek membawa senjata api pulang ke rumah pada hari kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop menjelaskan suspek membawa senjata api pulang kerana masih dalam tugasan operasi.

"Walaupun waktu bertugas sudah tamat tetapi suspek masih berada dalam tempoh operasi jadi itu membolehkannya membawa pulang senjata apinya itu pulang ke rumah.

"Malah, suspek juga mempunyai kebenaran daripada ketuanya untuk membawa senjata api itu," katanya.

Dalam kejadian Ahad lalu, suri rumah Safsufarnisya Salleh, 26, meninggal dunia selepas ditembak suaminya yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal sekitar jam 6 pagi.

Suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu ditahan reman tujuh hari hingga 12 Mac ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




Disiarkan pada: Mac 7, 2023 @ 3:32pm
















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.057978 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list