CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1521|Reply: 0

[Perlis] 'Saya maafkan menantu' - Bapa Safsufarnisya

[Copy link]
Post time 7-3-2023 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Kangar: "Saya maafkan apa yang dia (menantu) lakukan dan terima ujian ini seadanya kerana saya sudah menganggapnya macam anak saya sendiri."

Luahan ikhlas Salleh Eizan, 63, itu buat menantunya, seorang lans koperal polis yang menembak anaknya, Safsufarnisya, 26, dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat semalam.

Salleh berkata, walaupun pada mulanya agak sukar untuk dia menerima apa yang berlaku terutama apabila nyawa anaknya hilang, dia akhirnya pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi.

"Saya juga sudah menganggap menantu (suspek) sebagai anak saya sendiri jadi segala apa yang berlaku itu, saya maafkan," katanya hari ini.



SALLEH (kiri) dan isterinya reda dengan takdir Ilahi. FOTO Aizat Sharif.

Sementara itu, isteri Salleh, Che Mas Taha, 63, berkata, mereka sekeluarga memasuki bilik diduduki arwah dan terkejut apabila menemui beberapa pakaian bayi tersimpan kemas dalam plastik di dalam almari.

"Adik (Safsufarnisya) dengan suaminya, rupa-rupanya sudah menyediakan kelengkapan menyambut kelahiran bayi sulung mereka tanpa pengetahuan kami.

"Memang kami tahu Adik sedang hamil tetapi kami tidak pula tahu bila mereka beli baju dan seluar bayi ini.

"Apabila melihat baju dan seluar bayi, kami lebih sedih dan sayu teringatkan Adik," katanya.

Kakak Safsufarnisya, Safsuzafira, 37, pula berkata, adik bongsunya itu menulis dengan gincu 'Welcome Junior Ijat' pada cermin meja solek di bilik tidurnya, sebagai meraikan kehamilan sulung.

Terdahulu, Salleh dan Che Mas menerima kehadiran Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain bersama Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad yang meluangkan masa 30 minit bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Ru'sele Eizan yang juga adalah bapa saudara mangsa dan Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop.

Jenazah Safsufarnisya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Putra, Simpang Empat selepas Isya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... fsufarnisya-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.058729 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list