View: 1125|Reply: 0
|
Neymar janji bangkit lebih kuat
[Copy link]
|
|
NEYMAR terpaksa melupakan baki perlawanan musim ini. FOTO Reuters
Paris: Neymar berjanji akan bangkit lebih kuat selepas Paris Saint Germain (PSG) mengumumkan penyerang itu perlu menjalani pembedahan buku lali dan tidak boleh beraksi selama tiga hingga empat bulan.
Pemain Brazil itu, yang mengalami kecederaan buku lali pada 19 Februari ketika menentang Lille dalam saingan Ligue 1, mengalami beberapa episod kecederaan di buku lali kanannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
PSG berkata bahawa kakitangan perubatan mengesyorkan Neymar melakukan pembedahan pembaikan ligamen untuk mengelakkan kecederaan berulang.
"Saya akan kembali lebih kuat," kata Neymar yang tidak mahu semangatnya terjejas akibat kecederaan itu.
Pembedahan yang akan dilakukan beberapa hari lagi itu bakal menyaksikan Neymar tidak akan beraksi lagi musim ini.
Musim Ligue 1 akan berakhir pada 3 Jun dan final Liga Juara-Juara, jika PSG berjaya mara, akan berlangsung seminggu kemudian di Istanbul.
PSG, yang masih menanti kejuaraan sulung Eropah itu, perlu mengatasi defisit 1-0 apabila bertandang ke Jerman menentang Bayern Munich pada aksi timbal balik kelompok 16 terakhir Rabu ini.
Neymar, yang meledak 18 gol dalam semua pertandingan untuk kelab musim ini, berada pada prestasi terbaik sebelum rehat Piala Dunia.
Namun penyerang 31 tahun itu hanya menjaringkan tiga gol dalam sembilan penampilan sejak pulang dari Qatar, di mana buku lalinya turut cedera ketika beraksi untuk Brazil.
PSG juga bakal kehilangan Presnel Kimpembe untuk aksi di Munich nanti, dengan bek tengah Perancis itu dijangka tidak dapat bermain sehingga tamat musim ini akibat kecederaan kaki.
Sabtu lalu, ketika meraikan rekod 201 gol Kylian Mbappe untuk kelab, Neymar masuk ke dalam padang menggunakan topang kaki.
Sepanjang ketiadaannya, Mbappe dan Lionel Messi bergabung mengumpul lapan gol dan empat umpanan gol dalam tiga perlawanan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -bangkit-lebih-kuat |
|
|
|
|
|
|
| |
|