CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

Nota Mengandungi Kod Rahsia Dedahkan Ketua Mafia

[Copy link]
Post time 6-3-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Ketua mafia paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro ditahan berikutan penemuan nota mengandungi kod rahsia yang disembunyikan pada kaki kerusi


Matteo, 60, menghabiskan 30 tahun dalam pelarian dan dipercayai mengelak hukuman undang-undang dengan bantuan keluarga.




Reuters




Dia didakwa sebagai bos Cosa Nostra Mafia yang terkenal sebelum dibicarakan sebelum dijatuhi hukuman penjara seumur hidup secara in absentia (tanpa kehadiran) pada tahun 2002 atas pembunuhan bersiri.


Dia akhirnya ditangkap polis di luar sebuah klinik swasta di Palermo, ketika menerima rawatan kanser dengan menggunakan identiti palsu, 16 Januari lalu.


Lebih 100 anggota tentera terbabit dalam operasi penahanannya.


Polis menemui nota itu semasa operasi rahsia di rumah kakaknya Rosalia sebulan sebelum penahanannya di ibu kota Sicily, Palermo, Januari lalu.


Rosalia, 67, juga dikenali sebagai Rosetta ditahan di Sicily pada Jumaat atas pertuduhan menganggotai mafia.


Waran tangkap mendedahkan, polis menemui nota di dalam kaki kerusi aluminium di rumah Rosalia di bandar Castelvetrano, barat pulau itu, ketika cuba memasang alat mendengar semasa operasi, Disember lalu.


Pegawai mengambil gambar nota itu, yang pada mulanya kelihatan seperti gabungan perkataan, tanda dan huruf dan menggantikannya di tempat ia ditemukan.




Reuters




Nota itu sebenarnya adalah pizzino iaitu sekeping kertas kecil yang ditulis dalam kod yang digunakan Matteo untuk berkomunikasi dengan saudara-mara dan ahli gabungannya.


Analisis menunjukkan, ia mendokumentasikan perjuangan seorang lelaki dengan kanser kolon.


Dengan petunjuk itu, polis menumpukan perhatian kepada Matteo selepas mengesahkan tiada ahli keluarga lain yang mempunyai diagnosis penyakit sama.


Menurut waran itu, Rosalia sedang disiasat kerana menjadi sebahagian daripada anggota organisasi mafia dan melakukan jenayah melalui keahliannya, serta membantu adiknya melarikan diri daripada hukuman penjara.


Selain itu, dia turut didakwa membantu adiknya meneruskan peranannya sebagai ketua organisasi dan memastikan ahli organisasi lain dapat berkomunikasi dengannya semasa dia bersembunyi daripada pihak berkuasa.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.381087 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list