View: 415|Reply: 2
|
Keracunan Misteri Pelajar Sekolah Merebak Di Iran Cetus Gelombang Kemarahan
[Copy link]
|
|
Ibu bapa yang bimbang dengan keadaan anak mereka menggesa pihak berkuasa bertindak segera berikutan semakin banyak kes keracunan misteri berlaku dalam kalangan pelajar sekolah Iran di beberapa wilayah
Media tempatan melaporkan, sejak akhir November, ratusan kes dilaporkan terutama di bandar suci Qom di selatan ibu negara Tehran, dengan sekurang-kurangnya 52 sekolah dikesan, menurut pengiraan rasmi yang dilaporkan semalam.
Sebahagian daripada pelajar yang terbabit dirawat di hospital.
Lebih banyak kes keracunan misteri berlaku dalam kalangan pelajar sekolah Iran di beberapa wilayah sehingga mencetuskan gesaan supaya pihak berkuasa bertindak segera berikutan kebimbangan ibu bapa yang semakin meningkat. - Foto AP
Agensi berita ISNA yang memetik pegawai kesihatan tempatan berkata, kejadian keracunan terbaharu itu terjadi kepada beberapa pelajar di dua sekolah tinggi di bandar Abhar dan di bandar Ahvaz.
Iran berdepan kecaman, lebih banyak protes selepas hukuman mati Mahsa Amini
Lapor ISNA, pelajar sekolah di sebuah sekolah rendah di bandar Zanjan turut menjadi mangsa.
Agensi berita Mehr dan Ilna pula melaporkan, lebih banyak kes dilaporkan di bandar suci Mashhad, Isfahan dan Shiraz.
Laporan itu juga menyebut, puluhan pelajar perempuan dibawa ke hospital tempatan untuk di rawat.
Kelmarin, Presiden Ebrahim Raisi, berkata beliau sudah meminta Menteri Perisikan dan Dalam Negeri untuk melakukan siasatan susulan kes keracunan itu, malah menggelarnya sebagai 'konspirasi musuh untuk menimbulkan ketakutan' dalam kalangan rakyat.
Ditemu bual oleh agensi berita Fars, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Majid Mirahmadi pula berkata, 'perancang meracuni kanak-kanak perempuan' dan sedang berusaha 'menutup sekolah'.
Katanya lagi, pihak tidak bertanggungjawab itu juga cuba mencetuskan lebih banyak protes di republik Islam itu.
Mirahmadi merujuk perkara itu terhadap gerakan protes yang dicetuskan di Iran susulan kematian Mahsa Amini, seorang etnik muda Kurdish yang ditahan kerana didakwa melanggar peraturan pakaian wanita pada 16 September lalu.
Mirahmadi berkata, kebanyakan pelajar yang terjejas mengalami komplikasi kerana 'kebimbangan dan tekanan'.
Minggu lalu, Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Younes Panahi berkata, keracunan itu bertujuan untuk menutup pendidikan untuk kanak-kanak perempuan.
Misteri yang menyelubungi kes keracunan itu mencengkam Iran sehingga mencetuskan gelombang kemarahan di seluruh negara dan ibu bapa yang bimbang menuntut tindakan daripada pihak berkuasa.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Minggu lalu, Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Younes Panahi berkata, keracunan itu bertujuan untuk menutup pendidikan untuk kanak-kanak perempuan
Bodoh punya manusia yg fikiran mcm ni..x guna jd org islam |
|
|
|
|
|
|
|
Ada artikel tu akak baca siap ada sekolah paksa pelajar pompuan tgk p0rn katanya kalau tak pakai hijab nanti perempuan iran semua jadi mcm mia khalifa.
dkt malaysia ni masa zaman pree hair dulu pun takdanya pompuan nak jd pornstar majoriti yg bideo tersebar semuanya mangsa nanti lepas rakam abang delete.
kalau dekat saudi dibiarkan student pompuan hangus terbakar semata2 mangsa dlm hostel tgh tidur semua tak berhijab.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|