CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 2

Larangan Import Arak Dikuatkuasa Di Irak Walau Dapat Kritikan Keras

[Copy link]
Post time 6-3-2023 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Agensi kastam Iraq diarahkan untuk menguatkuasakan larangan import alkohol meskipun terdapat pertikaian mengenai undang-undang di negara itu.


Wion News melaporkan, kedai-kedai runcit khusus bagaimanapun, yang mendominasi jualan arak dibenarkan terus beroperasi sekurang-kurangnya di kota Baghdad, demikian menurut agensi berita AFP.




Seorang lelaki membeli arak dari sebuah kedai yang beroperasi secara haram di Baghdad, 23 Oktober lalu. - AFP





Undang-undang baharu yang melarang penjualan, import dan pengilangan arak itu pertama kali diluluskan oleh Parlimen Iraq pada 2016, namun ia hanya diterbitkan dalam warta rasmi pada 20 Februari lalu sebelum digariskan menjadi undang-undang.


“Pihak Berkuasa Kastam Am telah memberi arahan kepada semua pusat kastam untuk melarang kemasukan semua jenis minuman beralkohol,” kata pihak berkuasa berkenaan dalam satu kenyataan.


Undang-undang baharu itu memperuntukkan denda antara 10 juta hingga 25 juta dinar (RM30,671 hingga RM76,678) bagi kesalahan yang dilakukan.


Undang-undang itu bagaimanapun bertentangan dengan dekri kerajaan yang dilaksanakan pada 14 Februari lalu dengan menetapkan duti sebanyak 200 peratus bagi semua minuman beralkohol yang diimport untuk empat tahun akan datang.


Pelaksanaan tersebut mendapat kritikan keras daripada ahli-ahli parlimen dan penyokong hak-hak asasi manusia yang mewakili minoriti bukan Islam di Iraq yang semakin berkurangan.


Awal minggu lepas, lima ahli parlimen memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung Persekutuan yang mendakwa larangan itu adalah menyalahi undang-undang kerana ia tidak menghormati hak-hak penduduk minoriti.


Walaupun larangan alkohol adalah undang-undang persekutuan, ia mungkin tidak terpakai di wilayah autonomi Kurdis Iraq yang mengendalikan pos kastamnya sendiri di sempadan utara dengan Turkiye.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2023 02:23 PM | Show all posts
Moga pengimportan arak di Malaysia juga berkurangan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 04:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.055251 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list