CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 1

Sedar Selepas Dibedah, Pelik Tiba-Tiba Wanita Boleh Bercakap Tiga Loghat Asing

[Copy link]
Post time 6-3-2023 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Washington: Wanita Amerika Syarikat ini bingung apabila dia boleh bertutur dalam loghat Ukraine, Rusia dan Australia, walaupun tiada kaitan dengan negara itu atau tidak pernah ke sana.


Kejadian aneh itu dialami Abby Fender seminggu selepas menjalani pembedahan membetulkan herniated disc.


Selepas itu, bekas penyanyi terbabit mendapati tidak lagi bercakap Bahasa Inggeris dalam loghat Texas.


Katanya, dia mula bercakap dalam loghat Rusia yang pekat tanpa sebarang kaitan dengan negara itu atau tidak pernah ke sana.




Foto: Agensi




Abby, 39, akhirnya disahkan menghidap sindrom loghat asing (FAS), keadaan yang sangat jarang berlaku dan hanya dialami kira-kira 100 orang di seluruh dunia.


"Saya takut tidak dapat bercakap secara normal lagi.


"Apabila tersedar daripada pembedahan, serta-merta tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan suara kerana saya tidak boleh bercakap lantang.


"Saya kemudian mula merasakan nada suara saya sangat tinggi dan kami memanggilnya suara Minnie Mouse Rusia di mana saya berbunyi seperti watak kartun sepanjang masa," katanya kepada NeedToKnow.online.


Abby berkata, dia terpaksa berbohong mengenai asal usulnya bagi mengelakkan sebarang pertanyaan kerana loghatnya turut bertukar kepada aksen Ukraine dan Australia.


"Setiap kali saya melakukan ini, saya rasa seperti saya menafikan siapa diri saya yang sebenarnya dan itu bukan perasaan baik, tetapi saya penat ditanya 'awak dari mana' sekurang-kurangnya 10 kali sehari.


"Saya pernah terlepas cakap saya orang Ukraine dan orang itu mula bercakap dengan saya dalam bahasa ibunda mereka," katanya.


Katanya, perubahan itu juga menyebabkannya seperti dipulaukan di negara sendiri.


"Suatu ketika, seorang pegawai polis bercakap kepada saya, 'anda tahu, kami tidak memandu seperti itu di sini'.


"Saya dilayan seolah-olah saya bukan orang Amerika... seperti saya orang luar," katanya.


Abby berkata, dia mendapatkan pakar perubatan dan menjalani terapi sejak Januari 2021.


"Sejak dapat bantuan itu, saya semakin teruja dan nampak perubahan apabila nada nyanyian saya yang cemerlang sudah kembali.


"Saya berjumpa dengan ahli patologi pertuturan yang hebat untuk membantu saya merendahkan nada dan merehatkan otot leher saya.


"Rasa macam tak percaya. Ini satu keajaiban apabila dapat mendengar suara saya semula," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 08:50 AM | Show all posts
otak berputar adelatu nerve trsimpul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.191419 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list