View: 414|Reply: 0
|
Ten Hag berang dimalukan Liverpool
[Copy link]
|
|
TEN Hag (dua kanan) meninggalkan padang selepas barisan pemainnya tewas kepada Liverpool. FOTO AP
Liverpool: Erik ten Hag mendakwa barisan pemain Manchester United beraksi 'tidak profesional' dan 'tidak boleh diterima' ketika mereka tewas 0-7 di tangan seteru utama, Liverpool, awal pagi tadi.
Kekalahan terbaru United itu adalah kekalahan terburuk mereka kepada Liverpool dan kekalahan yang paling teruk sepanjang sejarah kelab itu.
Skuad bimbingan Ten Hag tumbang selepas ketinggalan menerusi gol pembukaan Cody Gakpo sejurus sebelum separuh masa pertama.
Liverpool menjaringkan enam gol pada separuh masa kedua, dengan Gakpo sekali lagi menjaringkan gol, manakala Mohamed Salah dan Darwin Nunez menjaringkan dua gol sebelum Roberto Firmino menyempurnakan salah satu keputusan paling menakjubkan dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Ten hag kelihatan terkedu di tepi padang apabila jumlah gol semakin meningkat dan beliau mengakui barisan pemainnya mengecewakan diri mereka sendiri.
"Saya rasa kami beraksi dengan agak baik pada separuh masa pertama. Hanya satu kesilapan sebelum tamat separuh masa pertama.
"Separuh masa kedua bukan standard kami. Kami tidak bermain sebagai satu pasukan. Ia tidak profesional. Ya (saya marah). Pasti.
"Saya terkejut kerana saya melihat pada setiap minggu dan bulan pasukan ini mampu berdaya saing dan mempunyai sikap inginkan kemenangan.
"Separuh masa kedua kami langsung tidak mempunyai sikap itu. Kami tidak mematuhi perancangan yang ditetapkan dan melaksanakan tugas dengan baik.
"Kami tidak bangkit semula dan ia sangat tidak profesional," kata Ten Hag kepada BBC.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dimalukan-liverpool |
|
|
|
|
|
|
| |
|