CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 279|Reply: 0

[Perlis] Tembak isteri: Lans koperal direman tujuh hari

[Copy link]
Post time 6-3-2023 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Tembak isteri: Lans koperal direman tujuh hari


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



POLIS berkawal di hadapan rumah suspek di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar, semalam. FOTO Aizat Sharif




Kangar: Anggota polis yang menembak mati isterinya di sebuah rumah di Simpang Empat, di sini semalam, direman tujuh hari sehingga 12 Mac ini, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek, 27, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis disyaki membunuh mangsa, Safsufarnisya Salleh, 26, yang juga seorang suri rumah.

Mangsa ditembak dengan lebih daripada lima das tembakan, menggunakan pistol Walter P99 dari jarak dekat, dan ia mengenai bahagian muka di mata sebelah kirinya.

Kejadian di sebuah bilik di kediaman pasangan terbabit di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, di sini.

Perintah reman dikeluarkan 9 pagi oleh Majistret Mahkamah Kangar, Ana Rozana Mohd Nor di dalam sebuah wad di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Suspek yang juga Lans Koperal kini dirawat dan bakal menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi mengesahkan reman suspek.

Beliau berkata, pihaknya menyiasat motif suspek bertindak sedemikian.

"Kita juga sedang menyiasat dari pelbagai aspek sama ada suspek terbabit dengan penyalahgunaan dadah, faktor kemurungan atau permasalahan membabitkan mental.

"Ini disebabkan tiada sebarang pergaduhan mahupun pertikaman lidah berlaku antara pasangan terbabit sebelum kejadian itu," katanya.

Dalam kejadian 6 pagi semalam, suspek dipercayai baru pulang dari tugasannya sebelum menembak mati isterinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Disiarkan pada: Mac 6, 2023 @ 9:53am














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.048880 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list