CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 1

[Perlis] Isteri maut ditembak suami lebih lima das

[Copy link]
Post time 5-3-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Isteri maut ditembak suami lebih lima das


Aizat Sharif - Mac 5, 2023 @ 3:23pm bhnews@bh.com.my




Safsufarnisya (gambar kecil) maut ditembak oleh suaminya yang juga anggota polis berpangkat lans koperal dalam kejadian di Kangar, kira-kira 6 pagi tadi. - NSTP/Aizat Sharif




KANGAR: Seorang suri rumah maut ditembak oleh suaminya yang juga anggota polis berpangkat lans koperal dalam kejadian di sini, kira-kira 6 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata tembakan berlaku di kediaman pasangan di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Jalan Kangar-Alor Setar.

Katanya, isteri anggota polis itu maut di dalam sebuah bilik rumah berkenaan.

"Kejadian berlaku selepas suspek baharu sahaja tamat syif tugasan dan berdasarkan saksi kejadian iaitu bapa mentuanya, dia tiba-tiba mengeluarkan pistolnya jenis Walther P99 dan menembak isterinya yang dikenali sebagai Safsufarnisya Salleh, 27 tahun.

"Suspek melepaskan lebih daripada lima das tembakan pada jarak dekat mengenai bahagian muka, terutama di bahagian mata sebelah kiri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, hari ini.



Anggota polis sedang berkawal di hadapan rumah suspek di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar di mana seorang polis di dapati menembak isterinya sehingga mati. - NSTP/Aizat Sharif



Anggota polis sedang berkawal di hadapan rumah suspek di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar di mana seorang polis di dapati menembak isterinya sehingga mati. - NSTP/Aizat Sharif

Katanya, tembakan itu juga menyebabkan bapa dan ibu mentua, anak saudara suspek yang turut mendiami kediaman itu lari meninggalkan rumah.

"Bapa mentua suspek kemudian menelefon anak lelakinya untuk memaklumkan kejadian, sebelum menghubungi polis.

"Polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu pada jam 7.26 pagi, pergi ke rumah mangsa dan didapati suspek masih berada dalam rumah.

"Cubaan untuk meminta suspek menyerah diri gagal apabila suspek mendiamkan diri dalam rumah. Polis berjaya memasuki rumah berkenaan dan didapati suspek hanya duduk mendiamkan diri, di samping pistol masih lagi berada dalam tangannya," katanya.

Yusharifuddin berkata, suspek ditahan dan mayat isterinya pula ditemui dalam keadaan mengiring di atas katil di bilik berkenaan.

"Beberapa kelongsong peluru turut ditemui di lantai. Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat," katanya.



Polis sedang berkawal di hadapan rumah suspek di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar di mana seorang polis di dapati menembak isterinya sehingga mati. - NSTP/Aizat Sharif

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan kerana didapati tidak berlaku pergaduhan atau pertikaian di antara pasangan berkenaan yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

"Siasatan juga akan menjurus sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebagainya.

"Pasangan berkenaan tidak mempunyai anak dan suspek sudah empat tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis," katanya.

Beliau turut menjelaskan setiap anggota polis boleh membawa senjata api ketika bertugas dan mempunyai kebenaran daripada ketua jabatan masing-masing.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Kangar.

Suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Kangar esok untuk perintah reman.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2023 10:34 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.288099 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list