CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 0

[Sarawak] DAP perlu pikul beban, tanggungjawab bersuara mengenai pengiktirafan UEC

[Copy link]
Post time 5-3-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) perlu memikul beban dan tanggungjawab bersuara dan bertindak bagi masyarakat Cina Malaysia apabila menyentuh isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC).

Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh berkata, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menunjukkan masyarakat Cina bersusah payah memberi sokongan padu kepada DAP di mana dianggarkan kira-kira 90 peratus pengundi Cina mengundi DAP.

Katanya, DAP/PH berjanji kepada rakyat dalam manifesto pilihan raya berkali-kali bahawa tugas segera mereka untuk berkuasa ialah mengiktiraf UEC.

"Sudah tiba masanya untuk DAP menyediakan kepimpinan yang bermakna kepada orang Cina Malaysia dan sentiasa responsif kepada keperluan masyarakat.

"DAP perlu memikul beban dan tanggungjawab untuk bersuara dan bertindak bagi masyarakat Cina Malaysia apabila menyentuh isu pengiktirafan UEC.

"Lebih-lebih lagi DAP memainkan peranan dominan dalam membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia sekarang.

"Oleh itu, DAP diharap boleh menjadi jurucakap berani dan berterus terang bagi masyarakat Cina Malaysia terutama apabila berkaitan isu pengiktirafan UEC yang telah lama berlarutan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu berkata demikian sebagai membidas kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengatakan secara ringkas Kementerian Pendidikan Malaysia tiada perancangan mengiktiraf UEC.

Bagi memastikan Kerajaan Perpaduan terus bertahan, Wong memberi peringatan adalah amat penting bagi DAP meyakinkan semua masyarakat secara terbuka termasuk Cina, Melayu, India, Dayak dan Kadazan dan semua yang lain apabila datang menyelesaikan isu-isu menjejaskan kepentingan semua masyarakat, semua pihak tidak seharusnya membahagikan diri dengan ikatan warisan komunalisme, perkauman dan teori keunggulan atau penguasaan.

Jelasnya, jika perkara ini dibiarkan berlaku, kesannya pasti tidak membawa perpaduan dan kestabilan negara tetapi hanya perpecahan dan perbalahan.

"Kita mesti sedar sepenuhnya dan peka terhadap keperluan dan aspirasi semua kumpulan komunal kita dan kepada keperluan serta komitmen mereka kepada masyarakat dan negara.

"Kita semua mesti memainkan peranan menggalakkan rasa hormat dan toleransi terhadap kepelbagaian dalam pendidikan, budaya dan agama serta komitmen terhadap masyarakat liberal, demokratik dan identiti kita sebagai rakyat Malaysia melebihi identiti lain.

"Lebih-lebih lagi sekolah-sekolah menengah bebas Cina selama ini memberi sumbangan besar terhadap keperluan tenaga kerja negara," jelasnya.

Mengenai perkara itu, Wong ingin mengingatkan bahawa beratus-ratus universiti seluruh dunia di kebanyakan negara termasuk negara maju mengiktiraf UEC dan mengalu-alukan pelajar UEC Malaysia dengan tangan terbuka ke universiti dan institusi peneraju tinggi mereka.

Katanya, beberapa negara termasuk Singapura malah memberi biasiswa kepada pelajar UEC Malaysia.

"Tetapi di depan rumah, di tangga pintu kita, pintu ini ditutup untuk mereka. Ia tidak sepatutnya berlaku.

"Kita semua tahu orang Cina di mana-mana terkenal dengan pengabdian mereka yang mendalam terhadap pendidikan.

"Begitu juga kesanggupan mereka berkorban demi memastikan pendidikan lebih baik untuk anak-anak tersemat dalam jiwa mereka sepanjang masa.

"Bagi kebanyakan orang, mereka mendesak agar anak-anak mereka mendapat pendidikan di sekolah menengah bebas Cina.

"Mereka sanggup membayar yuran sekolah menengah untuk itu. Mereka percaya bahasa Cina yang menjadi 'lingua-franca' bagi satu perempat daripada jumlah penduduk dunia adalah sangat penting," katanya.

Dalam konteks dunia politik dan hubungan ekonomi, Wong berpendapat khususnya dalam perdagangan dan pernigaan, Malaysia dan rakyatnya berdasarkan kedudukan geografinya dapat memperolehi manfaat yang besar dengan dapat berkomunikasi secara berkesan dengan penduduk di Timur selain Barat.

Beliau berkata, Cina Malaysia menjadi Cina dari segi etnik dan biologi dan jika mereka dididik dalam bahasa Cina akan mempunyai semua kelebihan dalam dunia perniagaan yang membawa manfaat besar kepada Malaysia terutama dengan China pesat membangun sebagai kuasa dominan.

"Sebenarnya, sebilangan besar graduan UEC kita memilih pergi ke luar negara dan kebanyakan mereka tidak pulang dan tinggal di luar negara untuk meneruskan profesion dan kerjaya mereka.

"Kita mesti tahu tiada makna dengan hanya negeri seperti Sarawak mengiktiraf UEC jika kerajaan persekutuan tidak berbuat demikian.

“Semua universiti awam tempatan kita berada di bawah bidang kuasa persekutuan, pintu ditutup kepada mereka. Satu-satunya pilihan mereka ialah pergi ke luar negara.

"Agak ironis apabila mereka disambut baik di seluruh dunia apabila ditolak oleh negara sendiri. Tidak hairanlah mereka sering berkata: ‘Kami sayangkan negara sendiri Malaysia tetapi negara sendiri Malaysia tidak sayangkan kami’," jelasnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.051787 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list