View: 1210|Reply: 23
|
[Tempatan]
Tugas Suami Berkhidmat Kepada Isteri Uzur
[Copy link]
|
|
Edited by Lagubestbest at 5-3-2023 11:21 AM
Sekarang2 ni trend ke ape suami2 kemain layan isteri bagai queen. Isteri housewife pun kau jugak yang buat semua kerja rumah. Dahla rumah kau beli, beras kau beli, bawa balik beras pun kau angkat, pagi2 sesudah subuh kau masak bawak masuk bilik serah pada bini suh makan, kemudian pinggan2 tu semua terkumpul dalam sinki sesudahnya kau jugak yang basuhkan. Eh? Betul ke tugas isteri hanya mengangkang dan main dengan anak je? Biar betul? Sebab ada hadis kata tugas suami adalah sebagai pemimpin dalam satu unit rumahtangga. Tu bukan pemimpin dah tapi dah jadi macam khadam abadi je tu. Lelaki sekarang dah kena downgrade sampai kena jilat bini bagai. Korang bukan ikut hadis hanat, korang dah kena game. Panas je tengok. Kalau keluar rumah pulak bini2 kemain gelak sakan ootd sesama mereka suami2 pulak beratur tepi masing2 siap pikul handbag tolong jadi photog untuk para bini. Taula kat tempat keje korang khadam, tapi jgnla jadi khadam 24 jam. Kembalikan kawan2 lelaki aku!!!
Points-nya:
- Suami kena berkhidmat pada isteri jika isteri sakit (tidak mampu).
- Kalau isteri mampu buat (kisar tepung) tiada kewajipan bagi suami menolong.
- Kalau ada pembantu pun, isteri wajib berkhidmat pada diri sendiri bukan semua benda pembantu buat.
- Peranan isteri untuk urus rumah tangga (termasuk didik anak).
- Nafkah suami bergantung keadaaan ekonomi (bukan time susah minta cerai).
Topik ni nampak hekeleh bagai kan? tapi kalau korang perhati banyak terjadi dalam kalangan family yang konon faham agama.
Hasil bacaan website mufti wilayah...
sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/a ... s-suami-atau-isteri
Soalan:
Adakah tugas mengemas rumah dan memasak itu menjadi tanggungjawab suami atau isteri?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan yang ditanya.
Dalam membina rumah tangga, kesepaduan antara dua belah pihak. yakni suami dan isteri, adalah amat penting. Perkara yang pertama perlu diwujudkan adalah melaksanakan tanggungjawab, kewajipan dan hak masing-masing. Dalam masa yang sama, perkara yang tidak kurang pentingnya bahkan itulah yang menjadikan rumahtangga sebagai baiti jannati adalah pengorbanan. Para suami berkorban untuk isterinya dan para isteri berkorban untuk suaminya. Dengan sebab itu, akan lahirlah kasih sayang seperti yang termaktub dalam Surah al-Rum. Natijah daripada perkahwinan adalah mendapat ketenangan, mahabbah (kasih sayang) dan juga rahmah yang melahirkan cinta dan kebahagiaan.
Al-Qur’an sendiri telah mengajar suami supaya bergaul dengan isteri dengan cara yang baik samada daripada sudut adat dan yang lebih penting lagi berlandaskan syariat. Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
(Surah al-Nisa’: 19)
Jumhur ulama’ berpendapat wajib atas suami berkhidmat kepada isterinya yang tidak mampu dan tidak layak untuk dia menguruskan dirinya sendiri. Ini kerana ia seolah-olah sebahagian daripada nafkah isteri ke atas suami dan ulama sepakat jika sekiranya isterinya sakit atau ditimpa keuzuran sehingga tidak mampu menguruskan diri sendiri untuk suami berkhidmat kepada isterinya.
Walaupun begitu, dalam mazhab Maliki wajib bagi suami menolong isterinya dalam berkhidmat jika suaminya kaya dan isterinya mempunyai kedudukan yang tidak sesuai melaksanakan tugas tersebut kerana dengan pelaksanaan tersebut akan mengurangkan darjat kedudukan isterinya itu. Lihat al-Syarh al-Kabir dan Hasyiah al-Dusuki (2/510).
Sedangkan mazhab Hanafi pula berpendapat jika isteri enggan mengisar tepung atau menguli roti di mana beliau tidak sesuai untuk tugasan itu atau kerana sakit, maka hendaklah suami menyediakan makanan yang sudah siap. Sebaliknya jika mampu, maka hendaklah isteri melaksanakan tugas tersebut dan tidak wajib atas suaminya. Hujahnya adalah Rasulullah SAW membahagikan tugasan Ali dan Fatimah di mana Ali bertugas di luar rumah sedangkan dalam rumah di tugaskan kepada Fatimah. Lihat Fath al-Bari (9/507).
Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatawa Mu’asirah (terj.) 3/144 menyebut, “Perkhidmatan khadam merupakan salah satu bentuk pergaulan yang baik (kepada isteri). Tidak wajib mendapatkan khadam lebih daripada satu kerana haknya adalah khidmat dirinya sendiri.”
Berdasarkan kepada banyak nas dan juga nasihat salafussoleh, jelas menunjukkan para isteri amat perlu berkorban dalam ruang lingkup kerumahan sehingga dialah yang mentadbir dan mengasuh serta menguruskan rumah. Isteri digelar dalam Bahasa Arab sebagai rabbatul bayt memberi maksud tuan atau pengurus rumah.
Saidina Umar RA ketika menasihatkan Aqil RA berkenaan kedudukan isteri telah mengalasankan dengan banyaknya tugas isteri di rumah seperti mengasuh, memasak dan seumpamanya. Inilah juga yang dilakukan Asma’ binti Abu Bakr dalam membantu suami, al-Zubair Ibn al-Awwam. Hal ini tidak pelik dalam tradisi semua bangsa termasuklah sejarah Fatimah al-Zahra’ yang membantu suaminya Ali bin Abi Talib RA dengan mengisar gandum dan sebagainya. Begitu juga apa yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang berkorban untuk para suami dan keluarga mereka.
Dalam Raudhah al-Nadiyyah oleh Sayyid Siddiq Hasan Khan menyebut: “Ia berbeza mengikut tempat dan masa, keadaan seseorang individu. Nafkah di masa mewah dengan cara baik dan di waktu ekonomi meleset dengan cara yang sepatutnya.”
Walaupun begitu, suami yang berkemampuan sebaiknya hendaklah meringankan bebanan isteri seperti mengupah orang gaji atau membeli beberapa peralatan bagi memudahkan urusan isteri masing-masing seperti mesin basuh, alat memasak yang moden seperti periuk nasi dan lain-lain yang sudah barang tentu akan meringankan dan menyenangkan isteri.
Justeru, kami katakan bahawa dengan memahami tugas dan tanggungjawab serta realiti sebuah kehidupan dalam mengasuh mendidik anak bangsa generasi seterusnya, persefahaman dan pelaksanaan tugas serta sikap toleransi, bantu-membantu antara suami isteri boleh menatijahkan kebahagiaan sehingga terjadilah baiti jannati. Isteri dan anak-anak menjadi qurratul ain kepada suami masing-masing. Akhir kalam kami berdoa kepada Allah sebagaimana dinyatakan
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Wallahua'lam
PS: Uzur kat atas ni uzur sakit bukan uzur period/haid tiap-tiap bulan. Uzur ni sepatah je tulis dalam panjang2 hadis atas ni. Buang uzur tu semua benda jadi macam suami yang kena buat. Pandai no perempuan! Stop la jadi mangsa scam dengan perempuan. Amek balik maruah diri korang wahai suami-suami. |
|
|
|
|
|
|
|
panjang sgt. lukis point2 penting boleh tak |
|
|
|
|
|
|
|
hukaloh. itu je isunye.. dah takde kawan nk lepak ke ape nyah tt org lelaki spisis berguna, tak dia bizi dlm rumah dia bizi kerja bnyk kt luar berkebun lah kerja tepi lah ape lah. kalau bini terer handle dlm rumah, laki mesti amik mood punya semangat urus bab lain utk keharmonian romahtangga. org lelaki pun pndai nk aman dan hidop tsusun kepala hotak nyah |
|
|
|
|
|
|
|
ha! ni tugas suami. bukan masak kemas rumah untuk bini sambung live tiktok.
|
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 5-3-2023 11:03 AM
jgn risau... insyaAllah isteri tu ikut pmbawakan suami. tp utk capiloton ade mcm confuse sikit. kt sini share bnde2 gini, kat tred lain hritu asyik naik bidio tiktok janda geletis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 5-3-2023 11:20 AM
social media ni memang ramai buat laki orang jadi dayus.
bini dan anak perempuan bebas buat content maksiat,
dia pun tak tahu, kalau tahu pun tak mampu tegur 
kerna pujuk rayu perempuan, Nabi Adam di buang keluar dari sorga.
dan kerna perempuan juga, lelaki dayus bakal masuk neraka.
jangan memain dengan orang perempuan.
kalau takde ilmu, takde kemampuan, takde kesabaran dan tak kuat semangat
konfem tewas hingga terjun ke jurang neraka jahannam
|
|
|
|
|
|
|
|
Enth ler rumahtangga korang mcm.mana..korg yg kawin pandai² la handle pasangan memasing. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bini buat semua tu... xda pulak kata khadam ek.... atas nama kena akur dgn suruhan toklaki gitu ek |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 5-3-2023 10:32 AM
panjang sgt. lukis point2 penting boleh tak
Dah jadi abstrak pulak nanti....tak semua org paham lukisan abstrak kheunz?
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
https://www.al-islam.org/women-islam-versus-women-judaeo-christian-tradition-myth-reality-sherif-muhammad-abdel-azeem/eves
https://www.islamawareness.net/Adam/fault.html
https://link.springer.com/chapter/10.1007/978-3-030-83582-8_6#:~:text=Eve%20is%20never%20singled%20out,and%20both%20are%20equally%20accountable.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
jgnla ckp bukan2 pasal nabi adam hawa komer, tu nabi dan isteri bliau bukan jiran rumah.. ckp bnde betul takpe gak ni ckp bnde celaru. lebih2 mcm kongaja pun ada.. kalau betul depiction hawa punca nabi adam haup, dia tak masuk sorga jah nnti akhirat. mcm satan, Allah cursed dia smpi akhirat, nnti akhirat dia mmg kekal dlm neraka. dh mmg awal2 masa dialog dgn malaikat Allah kata nk cipta manusia utk bumi. so mereka makan khuldi tu asbab aje. masalahnya dosa bab langgar perintah makan buah khuldi, nabi Adam Hawa dah selesai, ce baca quran surah al baqarah ayat 37, yg korang nk meleret leret pulak dh kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 5-3-2023 12:12 PM
dengan orang perempuan ni,
dalam kelembutan, kena ada KETEGASAN
kalau lembut sentiasa tanpa sempadan,
konfem bakal ke laut dalam 
kena buli, kena manipulate, kena gaslighting.
mentally and verbally abusive
kalau dia dah buat suami macam budak2,
sampai hilang hormat nya pada suami, they crossed the line,
obat nya adalah CERAI
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 5-3-2023 11:35 AM
takyah putar ayat. keji.
Tetiba nk kejikan org.....
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg paham tu, paham ler 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|