CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 0

[Sarawak] Kerani akaun didenda RM500 kerana miliki RM79,550 secara tidak sah

[Copy link]
Post time 2-3-2023 12:24 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Seorang kerani akaun dijatuhi hukuman denda RM500 atau 10 hari penjara di Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memiliki RM79,550 secara tidak sah di dalam akaun bank miliknya dua tahun lalu.

Umi Atika Abdul Rahman, 30, dari Kampung Pinang Jawa di sini, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Zaiton Anuar sebaik didakwa mengikut Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda RM500 jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 2021 di syarikat tempat dia bekerja di Pusat Komersial Sukma di Jalan Sultan Tengah di sini.

Berdasarkan fakta kes, pemilik syarikat pembekal peralatan pengangkutan air itu (pengadu) membuat laporan berhubung pecah amanah yang dilakukan oleh individu dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kewangan syarikat (tertuduh).


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.452386 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list