CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1664|Reply: 0

F1: Jentera SF-23 Ferrari belum sempurna

[Copy link]
Post time 1-3-2023 01:20 PM | Show all posts |Read mode

LECLERC kurang berpuas hati dengan kepantasan jentera SF-23 di laluan lurus apabila menganggapnya sukar menyaingi Red Bull. – AFP


SAKHIR – Pelumba utama pa­sukan Ferrari, Charles Leclerc tanpa berselindung mengakui, jentera SF-23 masih belum cukup mantap menjelang saingan Formula Satu (F1) 2023 yang akan bermula hujung minggu ini.

Walaupun mendapati prestasi jentera baharu itu lebih baik jika dibandingkan dengan saingan musim lalu, namun dia berharap krew pasukan dapat mencari jalan bagi memastikan jentera dapat memecut lebih laju.

Kata Leclerc, dia sedikit bimbang mengenai saingan musim ini memandangkan pencabar utama kejuaraan, Red Bull langsung tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan prestasi apabila mencatat keputusan positif pada sesi ujian pramusim.

“Saya fikir kami ada beberapa kerja yang perlu dilakukan. Red Bull kelihatan cukup kuat dalam tempoh tiga hari ujian pramusim. Kami perlu berjaga-jaga dengan kemampuan mereka pada sai­ngan musim baharu nanti.

“Saya mencuba pelbagai gaya pemanduan sepanjang sesi ujian dan nampaknya saya sudah semakin serasi. Bagaimanapun, saya merasakan jentera masih belum cukup laju di laluan lurus dan bergelut di selekoh,” katanya.

Justeru, pelumba Monaco itu percaya mereka masih memiliki masa mencukupi untuk mendapatkan pelarasan terbaik sebelum saingan 2023 membuka tirainya di Litar Antarabangsa Bahrain Ahad nanti.

“Kami bekerja keras dapatkan pelarasan terbaik supaya tidak ketinggalan de­ngan pasukan lain pada hari perlumbaan nanti. Apa yang pasti, jentera ini memiliki aerodinamik lebih baik,” ujar Leclerc. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... ari-belum-sempurna/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92853 Replies : 167
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199562 Replies : 4684
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6335 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30415 Replies : 223
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9167 Replies : 21
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4266 Replies : 5
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11738 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.053904 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list