CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Perlis] Hilang kaki kiri akibat salah tempat memancing

[Copy link]
Post time 1-3-2023 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Hilang kaki kiri akibat salah tempat memancing


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



AH Kau terpaksa berkerusi roda selepas sebahagian kaki kirinya dipotong. FOTO Aizat Sharif




Arau: Mekanik, Lee Ah Kau, 39, kehilangan kaki kirinya akibat terkena renjatan elektrik selepas memancing di tali air di Kampung Titi Besi, di sini, Disember lalu.

Walaupun sudah tiga bulan kejadian berlaku, aktiviti masa lapang yang turut dikenali sebagai mengelau ikan selain menjadi hobinya sejak kecil itu menyebabkan dia terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar lebih daripada sebulan selepas kakinya terpaksa dipotong kerana terbakar.

Menceritakan kembali kejadian berkenaan, Ah Kau berkata, kejadian berlaku pada 12 Disember tahun lalu tatkala dia memancing selepas pulang dari bengkel membaiki kereta di Jalan Pauh-Arau di Arau.

"Saya memang 'gila' memancing atau lazimnya kita di sini selalu panggil sebagai mengelau dan pelbagai kawasan tali air, terusan, sungai malah kawasan sawah padi semuanya saya jelajahi demi memastikan ada hasil tangkapan setiap kali memancing.

"Namun dalam kejadian berkenaan, seingat saya ketika itu adalah sekitar jam 8.55 malam, aktiviti mengelau ikan ini selalunya dilakukan pada waktu malam dan saya ketika itu berseorangan dan mengelau menggunakan pancing dari jenis gentian kaca.

"Kawasan tali air yang dituju itu juga adalah kali pertama saya pergi. Kira-kira 10 minit saya mengelau, saya mengangkat alat pancing dan secara tiba-tiba terkena renjatan elektrik. Ketika itu baru saya sedar di sekitar tempat saya mengelau terdapat tiang elektrik yang dihubungkan dengan pencawang di seberang laluan Kuala Perlis-Changlun," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Alor Banat, Tambun Tulang, baru-baru ini.

Katanya, dia tidak pasti sama ada tali pancingnya itu tersentuh dengan kabel elektrik di tiang elektrik sehingga menyebabkannya menjadi 'kaku' seketika akibat disambar elektrik itu.

"Saya 'kaku' akibat renjatan elektrik itu dan alat pancing saya juga 'melekat' di tangan. Saya cuba sedaya-upaya melepaskan diri dengan meminta tolong kepada sesiapa saja yang melalui kawasan itu.

"Malangnya pada waktu itu tiada seorang pun dan hanya selepas alat pancing itu patah maka renjatan elektrik terlerai dan saya dalam keadaan umpama terbakar seluruh badan cuba bergerak mendapatkan bantuan orang ramai," katanya.

Ah Kau berkata, mujurlah tidak lama selepas kejadian itu, ada seorang lelaki lalu di kawasan berkenaan dan ternampak dirinya yang sedang meminta bantuan.

"Saya tak pasti sama ada lelaki itu penduduk di kampung itu dan tidak lama kemudian ada dua hingga tiga orang termasuk jururawat di Klinik Kesihatan Arau berada di kawasan itu untuk mententeramkan saya.

"Saya segera meminta mereka menghubungi keluarga sebelum dihantar menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar namun disebabkan kecederaan agak serius, saya dipindahkan ke HSB," katanya.

Di HSB, doktor mengesahkan bahawa sebahagian pangkal kaki kirinya terutama jari kaki terbakar dan demi menyelamatkan nyawa, maka pembedahan memotong sebahagian kaki kirinya dari betis ke bawah terpaksa dilakukan.



Disiarkan pada: Mac 1, 2023 @ 11:32am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.051938 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list