View: 869|Reply: 7
|
Bapa Saman Anak Perempuan Sebab Tak Nak Jaga Masa Sakit Lepas Kemalangan, Tuntut Nafkah Bulanan RM964.84
[Copy link]
|
|
Gara-gara enggan berhenti belajar di universiti bagi menjaga bapa terbabit dalam kemalangan jalan raya, seorang anak perempuan berdepan saman daripada bapanya sendiri.
Lelaki bernama Zhang, mendakwa dia menelefon dan menghantar mesej kepada anak perempuannya, selepas terlibat dalam kemalangan kereta dalam kejadian di Puyang, wilayah Henan di China.
Selepas berkali-kali mencuba dan gagal untuk meyakinkan anaknya supaya pulang ke rumah untuk menjaganya, lelaki itu terkejut apabila mendapati anaknya itu menyekat nombor telefonnya.
 Gambar Hiasan
Dalam keadaan marah, dia memfailkan saman di mahkamah dan menuntut AS$215 (RM964.84) sebagai nafkah bulanan.
Perkara 26 Kanun Sivil China menetapkan 'anak dewasa mempunyai kewajipan untuk menyokong dan melindungi ibu bapa mereka'.
Oddity Central melaporkan, Zhang memberitahu mahkamah bahawa dia menegaskan supaya anak perempuannya mengutamakannya berbanding pelajaran dengan pulang ke rumah untuk menjaganya.
Dalam pembelaannya, anak perempuan Zhang mendakwa telah berulang kali memberitahu bapanya bahawa tugasannya di kolej tidak membolehkannya pulang ke rumah begitu saja untuk menjaganya.
Selain itu, dia menyatakan dengan jelas bahawa masih terdapat dua beradik lelaki yang juga boleh diminta untuk menjaga bapanya, tetapi sebaliknya tekanan diberi kepadanya sejak awal.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah menyedari perkara 26 Kanun Sivil Cina menyatakan bahawa anak dewasa mempunyai kewajipan untuk menyara ibu bapa mereka, tetapi hujahan kes mendapati anak perempuannya masih belajar dan tidak mampu untuk membayar nafkah.
Hakim bagaimanapun meminta anak perempuan Zhang lebih prihatin dengan nasib yang menimpa bapanya dan cuba membantu tanpa mengabaikan pengajian.
Pada masa sama, Zhang mempunyai pilihan untuk memfailkan rayuan. -CARI
Sumber: mStar/ odditycentral |
|
|
|
|
|
|
|
yg dua eko anak lelaki ko tu buat apa?
baik humban ke laut saje kut smua harapkan anak pompuan ko tu  |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa suruh membiak kan ... Anak pasti regret ada parent bodoh begini... Parents susah kan anak tanpa di minta |
|
|
|
|
|
|
|
bodo punya apak.ptot la ank ko xnak bela |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 parent pun pilih kasih..ms kecik lebihkan anak lelaki .tgk je sekeliling kita pun..anak lelaki dilayan mcm raja..sebiji pinggan pun x diajar cuci..duk hadap anak perempuan..dah jd mcm hamba..anak tgh belajar yg tu dipaksa tanggung dia..anak laki dia bt pe...campak je tiga2 ni ke sg yg penuh buaya..yg bapak nye pulak knp x mintak anak lelaki yg tanggung dia... Ke spesis biawak hidup... |
|
|
|
|
|
|
|
Cina memang akan lebihkan lelaki sebab akan bawak nama keturunan,
Perempuan pulak bila dah kahwin nama family dia bertukar
Ni kawan i sendiri mengadu masa kat uni dulu, birthday dia parents tak sambut tapi birthday adik laki dia mesti disambut
Tapi mmg banyak je bangsa2 kaum yg lebihkan lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
no komen  |
|
|
|
|
|
|
|
aku lah itu. anak perempuan yg menjaga emak. moga mak happy ya tinggal dgn kita. nanti dah pencen kita jalan2 ya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|