CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Sabah] Martabat Sabah boleh diangkat tinggi sekiranya tolak amalan negatif

[Copy link]
Post time 28-2-2023 09:17 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Anwar (tengah), Hajiji (dua kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Sabah mempunyai ruang tinggi untuk diangkat martabatnya jika kesemua pemimpin serta rakyat bersama-sama bersatu hati untuk menolak amalan negatif.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan baharu yang ada pada hari ini berada dalam landasan tepat.

"Tiada negara atau negeri yang dapat bertahan sekiranya wujud ketirisan sehingga menyebabkan kehilangan bilion ringgit.

"Nama Malaysia dulunya harum, tetapi disebabkan skandal kewangan, kehilangan wang...ini bukan salah rakyat sebaliknya beberapa individu," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan di Sabah, di sini hari ini.

Beliau berkata tugas pertamanya sebagai Perdana Menteri adalah menegakkan prinsip keadilan untuk semua.

"Kalau ada hasil, kita selamatkan dan masukkan ke dalam tabung negara. Kita mesti mempunyai pulangan maximum kepada negara, tiada lagi imbuhan kepada pemimpin.

"Dulu kita kehilangan disebabkan tiadanya integriti...sekiranya ada integriti, Malaysia boleh diselamatkan," katanya.

Anwar percaya Sabah juga boleh bersama-sama mengamalkan perkara itu dan memohon rakyat negeri ini untuk mempertahankan hak-hak keadilan.

Katanya, kemajuan sesebuah negara dan negeri terletak kepada kestabilan politik dan kewibawaan pemimpinnya.

"Oleh itu, kita di Kerajaan Pusat memutuskan untuk memberikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor peluang untuk memimpin dan mengangkat martabat Sabah ke tahap yang tinggi.

"Kita juga dapat lihat dalam masa singkat, Hajiji mampu memantapkan kestabilan di Sabah, dan tidak lagi wujud pergolakan politik," katanya.

Oleh itu, katanya, Kerajaan Pusat mahukan satu kerjasama erat dengan kerajaan negeri. Semangat idealisme dan muafakat perlu diamalkan dalam negara berbilang bangsa.

Katanya, nilai manusia perlu diangkat dan jangan sesekali menghina dan merendahkan kaum lain.

"Inilah nilai insan serta kemanusiaan yang harus diamalkan," katanya.

Anwar juga memberikan jaminan bahawa golongan miskin tegar di Malaysia akan diselamatkan dengan kekuatan jentera kerajaan Pusat dan setiap negeri.

"Ini adalah tekad politik, sekiranya ada amalan ini, anda akan mampu kekalkan integriti. Masalah bukan terletak pada agama atau kaum, tetapi pada diri sendiri untuk menyampaikan sesuatu perkhidmatan itu," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.068179 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list