View: 5815|Reply: 33
|
Ismahalil Berdepan Hukuman Mati, Didapati Bersalah Edar Dadah
[Copy link]
|
|
Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tuduhan itu.
Dalam penghakiman ringkasnya, Muhammad Jamil berkata mahkamah mendapati 22 paket dadah yang ditemukan dalam bilik tertuduh berada dalam kawalan dan jagaannya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202302/27/153139zlz2laagz3hwlmrs.png) Foto: mStar
"Semasa serbuan di bilik itu, tertuduh sendiri mengambil beg, yang mengandungi dadah daripada lantai dan memberinya kepada pegawai polis selepas ditanya sama ada terdapat barang salah.
"Kelakuan tertuduh yang mengambil sendiri beg itu dan dilihat berada dalam keadaan mencurigakan menunjukkan tertuduh mengetahui kewujudan dadah tersebut.
"Oleh itu, pihak pendakwaan berjaya membuktikan dadah berkenaan berada dalam kawalan tertuduh," katanya.
Justeru mahkamah kemudian memberikan tiga pilihan kepada tertuduh berhubung bicara bela diri itu.
Pilihan pertama adalah memberikan keterangan bersumpah dalam kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan boleh menyoal balas.
Kedua, memberi keterangan dalam kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah dan pendakwaan tidak boleh menyoal balas keterangan.
Manakala pilihan ketiga ialah berdiam diri tanpa menjawab tuduhan.
Ismahalil kemudian memilih pilihan pertama iaitu keterangan bersumpah dalam kandang di mana pihak pendakwaan boleh menyoal balas keterangan.
Peguam bela tertuduh iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menyatakan lima saksi pembelaan termasuk tertuduh akan dipanggil memberi keterangan dan memohon tarikh prosiding itu pada 30 dan 31 Mei ini.
Pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad, tidak membantah cadangan tarikh berkenaan.
Sementara itu, Ismahalil, 49, dilihat menangis teresak-esak sambil memandang isteri dan anak-anaknya yang berada di galeri awam.
Untuk rekod, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.
Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang, bakat yang ada tak digunakan pada jalan yang sepatutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
tokan besar yaa dia........
da berapa ramai agaknya la manusia2 yang tak jadi manusia sebab kan dadah yang dia jual tuh...
huhuhuhu... sedihhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Misleading lah title ni. Belum didapati bersalah lagi, baru establish prima facie |
|
|
|
|
|
|
|
pengedar dadah boleh pegi mampus ASAP for all i care
jangan kau nk meratap2 kat sini setan |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun rhoper innocent2 gittew macam laki si ikan buntal tapi tak sangka yach... ingat lagi thread spekulasi di buka dulu... memang who are yusss lah dan kaka tak mampu nak teka sape... sape kenal heshe pun memang sah yang kertu jah...
sooo buat2 tak kenal je nanti mengaku kenal, hujung2 kena pergi kaunter estoleder beli serum anti penuaan... |
|
|
|
|
|
|
|
penyampai radio kan dia yg best2 suatu ketika duluan kheun? |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, Ismahalil, 49, dilihat menangis teresak-esak sambil memandang isteri dan anak-anaknya yang berada di galeri awam.
sedih pulak part ni.. tapi tu lah.. kalau lah benar bersalah, dan kalau lah sebelum lakukan kesalahan tu membayangkan wajah anak isteri dulu, kan ke baik ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni bakat ada...tapi sejak dulu ada jer kontrobasi yg dia buat |
|
|
|
|
|
|
|
hati keladak i tak mampu nk kesian kt penggedar dadah. sbb kerna dadah, byk mangsa tak bersalah mati.
|
|
|
|
|
|
|
|
namieamuro replied at 27-2-2023 04:20 PM
hati keladak i tak mampu nk kesian kt penggedar dadah. sbb kerna dadah, byk mangsa tak bersalah mati ...
Kannnn… pengedar dadah tu.. susah nak kesian kat depa ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
masmn replied at 27-2-2023 04:25 PM
Kannnn… pengedar dadah tu.. susah nak kesian kat depa ni..
dlm berite tu dh terang ckp mase die kne tangkap, berpeket2 dadah ade dlm bilik tu. dan die pn diam je mase kne tangkap.
kesian anak2 jela. pak die pn mase buat tak pikir kesannye. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 27-2-2023 03:59 PM
walaupun rhoper innocent2 gittew macam laki si ikan buntal tapi tak sangka yach... ingat lagi thread ...
Hahaha .adoi... |
|
|
|
|
|
|
|
Mgkin doa org2 yg dia penah aniaya dlu dh termakbul. Byk kontroversi dia dulu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu, betul lah speku thread dulu tu hints dia, oh my zaman2 rumaja dgr dia dulu, x jauh pon umur ahkak dgn dia.. ingatkan tua sangat.. kenapalah ismahalil???? |
|
|
|
|
|
|
|
shahirakay replied at 27-2-2023 04:15 PM
sedih pulak part ni.. tapi tu lah.. kalau lah benar bersalah, dan kalau lah sebelum lakukan kesala ...
Dia ni bkn ke ada gosip lyn xelok bini dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Pengedar dadah ni suka tak kalau anak2 diorg jadi penagih dadah? |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 27-2-2023 03:59 PM
walaupun rhoper innocent2 gittew macam laki si ikan buntal tapi tak sangka yach... ingat lagi thread ...
Tapi heols ni selalunya dikenali di kalangan orang tua2 kan? Yg muda2 mana kenal heols ni, so no need tepek esteloder la kaka, masih muda remaja lagi. Kalau meerqen ke, nadhir ke tak kenal, haa tu dah boleh start kumpul duit buat beli esteloder ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ai harap dia di hukum seberat berat nya kerana perbuatan yg terlampau kejam. Ai harap org org yg dia sakiti dari kemusnahan /keruntuhan dapat menemui kebahagiaan Dan ketenangan. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|