CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1634|Reply: 21

[Tempatan] Rumah Pangsa Larkin - Tolong naik taraf rumah kami

[Copy link]
Post time 27-2-2023 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Rumah Pangsa Larkin pernah digelar antara rumah pangsa berbahaya di bandar raya ini atas beberapa faktor.

Namun faktor mudah diceroboh dan dijadikan port bunuh diri oleh individu dari kawasan lain antara yang paling sinonim dengan kediaman bertingkat itu.

Keadaan itu secara tidak langsung mengundang kegusaran penduduk dan rasa kurang senang apatah lagi bangunan 16 tingkat kediaman berkenaan sudah berusia lebih 30 tahun.

Seorang penduduk, Nyah Rose Osman, 59, berkata, sudah tiba masanya rumah pangsa itu menjalani transformasi dan dinaik taraf agar lebih 'selamat' untuk ribuan penduduknya.

Katanya, isu tahap keselamatan yang rendah menghantui penduduk sehingga kini dan lebih malang rumah pangsa itu digunakan pihak tertentu untuk menamatkan hayat mereka

"Sebagai penduduk, kejadian seumpama itu menimbulkan kebimbangan dan saya percaya ia berpunca daripada tahap keselamatan flat yang masih kurang memuaskan.

"Keadaan tangga yang berbahaya, kurang pencahayaan di lorong pejalan setiap tingkat serta ketiadaan pagar di tingkat lima ke atas.

"Memang ajal di tangan Tuhan namun sebagai manusia kita seharusnya berusaha ambil tindakan bagi meningkatkan tahap keselamatan sebagai langkah membendung perkara tidak diingini," katanya yang tinggal di tingkat 11.

Sementara itu, peniaga, Faridah Mahmood, 50, berkata, ketiadaan sengkuap dan jeriji di setiap unit rumah di aras lima ke atas wajar diberi perhatian pihak berkuasa.

Menurutnya, bukan saja kanak-kanak, orang dewasa juga terdedah kepada risiko dengan ketiadaan alat keselamatan sebegitu.

"Walaupun sudah lama tinggal di sini, saya masih berasa fobia setiap kali mahu sidai baju dan gayat (tempat tinggi).

"Kejadian menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terjatuh daripada tingkat 11, baru-baru ini masih menjadi kebimbangan kami dan dikhuatiri berulang.

"Diharap ada usaha untuk membaik pulih atau menaik taraf bangunan kediaman ini demi kepentingan penduduk," katanya.

Bagi Manja Abdullah, 60, yang juga orang kurang upaya (OKU), tahap keselamatan flat itu perlu ditingkatkan segera apatah lagi buat golongan sepertinya.

Katanya, dia bersyukur ditawar menyewa unit pada kadar rendah dan dikecualikan daripada bayaran kos penyelenggaraan namun ia tidak harus menjadi asbab untuk kebajikan mereka dipinggirkan.

"Selama ini ada kerja penyelenggaraan dilaksana, namun kami harap ada usaha lebih untuk tingkatkan lagi tahap keselamatan dan kerajaan negeri dan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan seharusnya memandang serius isu ini," katanya.

Ikuti penjelasan pihak berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok.

Disiarkan pada: Februari 27, 2023 @ 7:45am


RUMAH Pangsa Larkin sudah berusia lebih 30 tahun dihuni ribuan penduduk. FOTO Mary Victoria Dass

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2023 08:43 AM | Show all posts
aku pernah lalu depan rumah pangsa ni...hauk ya amat
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 09:09 AM | Show all posts
ramai pengotor....elok sikit dah cat kalau tak mmg dah kena demolish building ni
pernah amik barang kat rumah member ya tuhan dia punya dinding punya la nipis mmg tak ikut spec keselamatan...takut teman
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
jalan datin halimah ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 09:45 AM | Show all posts
haritu Nga Kor Ming nak bawak masuk pakar HDB ramai yang bangkang..

padahal banyak ilmu yang boleh di pelajari..

kalau lalu, aku selalu terbayang astro satelite dish jatuh atas kepala

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 09:46 AM | Show all posts

larkin. belakang larkin sentral / pasar larkin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2023 09:52 AM | Show all posts
sebelum kerajaan upgrade rumah pangsa ni mintak penduduk ubah attitude masing2... kalau perangai tak ubah... elok dibior aje gitu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai untuk B40 pengotor & pemalas. Biar je tak selamat. Cepat sikit pupus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 10:16 AM | Show all posts
nazurah replied at 27-2-2023 09:52 AM
sebelum kerajaan upgrade rumah pangsa ni mintak penduduk ubah attitude masing2... kalau perangai tak ...

ni aku setuju. paham2 jelaa biforti ni life mcm mana. semua nk harap kerajaan naik taraf itu ini sedangkan attitude sendiri pon hauk..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 10:17 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 27-2-2023 09:56 AM
Sesuai untuk B40 pengotor & pemalas. Biar je tak selamat. Cepat sikit pupus.

mcm nak setuju tp mcm kejam sangat plak
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 10:21 AM | Show all posts
Namun faktor mudah diceroboh dan dijadikan port bunuh diri oleh individu dari kawasan lain antara yang paling sinonim dengan kediaman bertingkat itu.
angker sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 11:40 AM | Show all posts
flat larkin ni sama mcm flat bukit chagar
lama sgt dah
flat bukit chagar dah roboh buat jb sentral
adoi banyak betul cerita pasal flat bukit chagar dulu
kenangan
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 12:07 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 27-2-2023 09:56 AM
Sesuai untuk B40 pengotor & pemalas. Biar je tak selamat. Cepat sikit pupus.

setuju... jenis pengotor ni selalu menyusahkan org. keja malas harapkan bantuan. baik mati hidup pun tak menguntungkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 27-2-2023 09:46 AM
larkin. belakang larkin sentral / pasar larkin.

ok tq..my oldpren ada duduk situ
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 02:43 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 27-2-2023 09:56 AM
Sesuai untuk B40 pengotor & pemalas. Biar je tak selamat. Cepat sikit pupus.

cuci jamban sis kat opis siapa yang buat sis, CEO ka?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2023 02:53 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 02:58 PM | Show all posts
Rumah pangsa Larkin ni mcm-mcm ada: dengan kotornya, dengan peel segelintir yg tak berdisiplin, masalah sosial, cleaner bersihkan pagi petangnya dah kotor balik bawahnya, lif asyik rosak, memang patut dirobohkan saja. Bina baharu. "Sental" juga perangai tak disiplin penghuni flat tu juga.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 03:19 PM | Show all posts
pembacagosip replied at 27-2-2023 03:40 AM
flat larkin ni sama mcm flat bukit chagar
lama sgt dah
flat bukit chagar dah roboh buat jb sentral

Bukit Chagar dulu-dulu, kawan weols cakap, ada yang campak peti ais dari tingkat atas ya. Mujur takde yang cedera / mati.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 04:05 PM | Show all posts
Themilo replied at 27-2-2023 03:19 PM
Bukit Chagar dulu-dulu, kawan weols cakap, ada yang campak peti ais dari tingkat atas ya. Mujur ta ...

yes wei
dahsyat benooo
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn haritu shahri samad ckp dlm court dia guna duit yg jibun bg jota2 utk repair flat tuh?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.062441 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list