CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 1

[Sabah] Kembalikan hak kewangan 40 peratus kepada Sabah

[Copy link]
Post time 26-2-2023 09:26 PM | Show all posts |Read mode


JEFFREY

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan diminta melaksanakan semakan kewangan rasmi untuk mengembalikan 40 peratus hak hasil bersih Sabah mengikut perlembagaan 112C, 112D dan item 2(1) Bahagian IV Jadual Ke-10.

Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, semakan kewangan itu sepatutnya mandatory diadakan setiap lima tahun tetapi tidak dibuat sejak 1974.

“Di manakah 40 peratus (hak kewangan Sabah) selama 48 tahun ini,” ujar Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika perbahasan di Parlimen baru-baru ini.

Jeffrey meminta agar hak kewangan 40 peratus ditunai segera dan bukan hanya peruntukan tahunan RM260 juta untuk Sabah dan RM300 juta untuk Sarawak.

Menurut Jeffrey, Sabah kehilangan kuasa kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia apabila Persekutuan mengabaikan semakan tersebut sehingga menjadikan rakyat Sabah bertambah miskin.

Jeffrey menjelaskan sosio ekonomi Sabah bertambah buruk apabila para pemimpin Pusat membawa parti-parti politik mereka ke Sabah dan merekrut serta mengimport orang-orang asing Filipina serta Indonesia sebagai pengundi.

“Dengan Slogan ‘Demi Bangsa dan Agama’, pemimpin pusat cuba melaksanakan ‘Social-Engineering’ di Sabah dengan memberi dokumen kewarganegaraan ikut pintu belakang seperti dalam laporan RCI 2014,” katanya.

Jeffrey seterusnya mendakwa Perdana Menteri ketika itu sanggup membelakang Perlembagaan Sabah dengan penggiliran Ketua Menteri setiap dua tahun demi kuasa politik tapi bila sampai giliran parti mereka, tiada pula penggiliran.

Tegasnya, ia merupakan sejarah politik paling gelap bagi Sabah dan berharap sejarah itu tidak akan berulang lagi.

Menurutnya, untuk Sabah dan Sarawak mengejar pembangunan di Semenanjung Malaysia, dana yang mencukupi diperlukan, keadilan serta hormat perkongsian bersama sebagai rakan kongsi membentuk Malaysia.

Justeru, beliau mencadangkan dana pembangunan setiap tahun mengikut nisbah yang lebih adil 50:25:25 iaitu 50 peratus untuk Semenanjung, 25 peratus (Sarawak) dan 25 peratus (Sabah).

Di samping hak kewangan tersebut, Jeffrey seterusnya meminta agar peruntukan Pan-Borneo dipercepatkan kerana Tuanku Yang DiPertuan Agong telah melafazkan hasrat untuk menjelajah lebuh raya rentas Sarawak-Sabah itu.

Jeffrey berharap mendapat sokongan kerajaan Pusat untuk membangunkan ekonomi Sabah dan Sarawak seiringan pemindahan pusat ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Nusantara Kalimantan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 11:07 AM | Show all posts
Bahhh betul ni bah. Kembalikan!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.065848 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list