CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Sabah] Gunung Kinabalu lokasi terbaik Program Latihan Beraltitud Tinggi

[Copy link]
Post time 26-2-2023 09:24 PM | Show all posts |Read mode


PESERTA: Christina bersama semua peserta yang mengikuti Program Latihan Beraltitud Tinggi di Gunung Kinabalu.

KUNDASANG: Program Latihan Beraltitud Tinggi yang diadakan di Taman Kinabalu, di sini dilihat dapat memperkenalkan Gunung Kinabalu di persada dunia.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, pemandangan menakjubkan Gunung Kinabalu mampu menjadi lokasi terbaik bagi menjalani latihan tersebut.

Katanya, latihan di kawasan beraltitud tinggi menguji ketahanan fizikal dan mental kerana tahap oksigen semakin berkurangan, selain laluannya yang sukar.
“Tujuan latihan ini adalah untuk membiasakan dan menyesuaikan diri peserta di kawasan yang kurang oksigen.

“Selain itu, bermalam di ketinggian 1,500 meter dari aras laut juga melatih peserta terhadap perubahan suhu dan mengelak diserang sakit gunung akut (AMS) semasa mendaki,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Latihan Beraltitud Tinggi Malaysia-ASEAN GEC kali ke-12, di Taman Kinabalu di sini pada Jumaat.

Menurutnya, semua peserta akan merasai sesuatu yang berbeza, sebaik sahaja berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.

“Aktiviti sebegini dapat meningkatkan semangat dan menjadi pendorong supaya lebih percaya diri sendiri,” katanya.

Christina berkata, Gunung Kinabalu sememangnya salah satu aktiviti lasak yang terkenal dan menjadi tumpuan para pendaki di seluruh dunia.

“Sabah mempunyai banyak tempat perlancongan menarik dan eksotik serta mampu menjadikan percutian yang tidak dapat dilupakan.

“Flora dan Fauna yang terdapat di negeri ini menjadikan Sabah dapat menghidangkan lokasi pelancongan semula jadi kepada para pengembara di seluruh dunia,” katanya

Terdahulu, program itu dianjurkan oleh Clobal Expedition Club (GEC), Global Expedition Training dan mendapat sokongan Sutera Sanctuary Lodges (SSL) dan Taman-Taman Sabah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.462091 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list