CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 0

[Perlis] Pembekalan kamera badan di peringkat akhir - Saifuddin

[Copy link]
Post time 25-2-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Pembekalan kamera badan di peringkat akhir - Saifuddin

25 Februari 2023 03:57pm






Saifuddin Nasution beramah mesra bersama pegawai penguat kuasa kerajaan Thailand ketika mengadakan lawatan kerja di ICQS Padang Besar hari ini. - Foto Bernama




PADANG BESAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah di peringkat akhir untuk memuktamadkan kontraktor yang mengendalikan pemerolehan kamera badan (body cam) untuk agensi penguatkuasaan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penggunaan kamera badan bagi anggota dan petugas di bawah KDN adalah penting dalam meningkatkan pelbagai aspek penugasan.

Menurut Saifuddin, sebelum ini, KDN sudah memperuntukkan RM30 juta untuk pemerolehan kamera badan selain sudah mengeluarkan iklan bagi mencari kontraktor.

“Penggunaan kamera badan ini mampu meningkatkan integriti perkhidmatan malah menjadi sumber bukti kepada anggota polis dan petugas agensi keselamatan lain.

“Penggunaannya juga dapat mengawal manipulasi, meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap setiap penugasan anggota ini dan agensi penguat kuasa itu sendiri berasa lebih yakin dalam melaksanakan tugas secara profesional... jadi banyak faedahnya,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 mengumumkan penambahan 2,100 unit kamera badan kepada KDN.

Terdahulu, Saifuddin meninjau status pembinaan laluan pejalan kaki yang menghubungkan Stesen Kereta Api Padang Besar dengan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Padang Besar, pada Sabtu.

Katanya, bagi penyelesaian jangka masa pendek satu laluan berpagar dibina dari tempat turun jejantas hingga ke luar kawasan ICQs yang membolehkan pergerakan orang ramai dengan tidak menjejaskan perkhidmatan dan keselamatan di kompleks itu.




Manakala bagi penyelesaian jangka masa panjang pula menerusi pembinaan jejantas baharu bernilai RM3 juta bagi menghubungkan Stesen Kereta Api Padang Besar dengan laluan menghala ke Arked Niaga Padang Besar.

“Penggunaan kamera badan ini mampu meningkatkan integriti perkhidmatan malah menjadi sumber bukti kepada anggota polis dan petugas agensi keselamatan lain.

“Penggunaannya juga dapat mengawal manipulasi, meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap setiap penugasan anggota ini dan agensi penguat kuasa itu sendiri berasa lebih yakin dalam melaksanakan tugas secara profesional... jadi banyak faedahnya,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. - Awani






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.632630 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list