View: 1174|Reply: 11
|
Siti Bainun Buat Kejutan, Akui Bella Cedera Ketika Di Rumahnya
[Copy link]
|
|
Siti Bainun Ahd Razali melakukan kejutan apabila ‘mengakui’ remaja Sindrom Down, Bella cedera ketika menetap di rumahnya di Kondominium Irama Wangsa, Kuala Lumpur sejak Oktober 2020.
Utusan semalam melaporkan, pengasas Rumah Bonda itu juga memberitahu, dia pernah melihat kecederaan tersebut sepanjang remaja terbabit tinggal di kondominium tersebut.
Bagaimanapun, Siti Bainun ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria menafikan dia telah mengabaikan remaja terbabit sepanjang tempoh yang sama.
Wanita terbabit berkata demikian ketika pemeriksan balas oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan terhadap wanita itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinas Abbas, Siti Bainun turut memberitahu, dia tidak pernah meninggalkan Bella atau mana-mana anak angkatnya tanpa pengawasan individu dewasa kerana Yasmin Mohd. Nahar berada di rumah.
Zilfinaz: Orang dewasa yang awak maksudkan adalah Yasmin?
Siti Bainun: Ya.
Zilfinaz: Berapa umur Yasmin ketika itu?
Siti Bainun: 18 tahun.
Siti Bainun juga tidak bersetuju dengan cadangan pendakwa raya itu bahawa dia gagal menjaga Bella walaupun tidak mendapat latihan atau mengikuti kursus berkaitan penjagaan kanak-kanak Sindrom Down.
Yasmin merupakan saksi pendakwaan kelima yang juga merupakan bekas penghuni Rumah Bonda. Ketika memberi keterangan, Yasmin memberitahu mahkamah bahawa Bella telah dipaksa makan cili yang banyak dan dipaksa makan ayam busuk dan disimbah air panas.
Sementara itu, ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, Siti Bainun tidak bersetuju yang dia perlu berbincang dengan pegawai pelindung Bella apabila remaja terbabit mendapat kecederaan.
Wanita itu juga tidak bersetuju bahawa dia tidak memberitahu Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mohamad Imran Mohamed Zanyuin kecederaan sebenar Bella kerana tidak mahu sesiapa mengetahui kecederaan teruk remaja itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung hari ini.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Kau jahat, kau wanita gemok yang maha zalim. |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak selesai kes nie...x sabar betul nak tngu keputusan |
|
|
|
|
|
|
|
Sila mereput dlm penjara!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
nanti tetiber sakit ler pulakkkk..
doktor mengesahkan Belon ada diabetis.. ada asma..
jadi tak dipenjarakan atas alasan kesihatan...
gitu boleh ker ekkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Logik akal...jadah budak tu nak cederakan diri sendiri...titik. |
|
|
|
|
|
|
|
peliknya aku rasa, statement dia ni mcm mcm...
mcm la kondo ko tu besar giler..taknampak apa yg berlaku kat bella..
tapi ..bila nampak dia cedera..ko nak hide, taknak report..
nyampah siot si bainun nni |
|
|
|
|
|
|
|
Baca juga dokumen mahkamah..kenyataan zurianty berbelit juga.xtau setakat mana ..aku nk tgu sampai habis |
|
|
|
|
|
|
|
apa ug berbelit, terangkan uols. Sbb dia pnh tulis kat fb dia lawyers bainun tekan dorg gila2 masa pemeriksaan balas
|
|
|
|
|
|
|
|
Bainun ni dahlah huduh gemokkk, jahatt pulak tu, huduh kuasa dua
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa kalau dia masuk dlm penjara...mungkin dia boleh kurus... |
|
|
|
|
|
|
|
dia dah lantik new lawyer kah?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|