CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1881|Reply: 21

[Tempatan] KPDN akan jamu ahli parlimen dengan Menu Rahmah

[Copy link]
Post time 23-2-2023 09:12 AM | Show all posts |Read mode
KPDN akan jamu ahli parlimen dengan Menu Rahmah
Kow Gah Chie
Diterbitkan:  Feb 22, 2023 10:30 PM



PARLIMEN | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bercadang menjamu ahli parlimen dan kakitangannya dengan hidangan Menu Rahmah.

Menterinya Salahuddin Ayub berkata langkah itu dibuat untuk memberi peluang kepada ahli parlimen merasai sendiri hidangan yang kini disediakan di pelbagai lokasi di seluruh negara.

"Saya nak cadangkan satu hari (nanti), semua pemain industri terlibat dengan menu rahmah ini, kita belanja semua ahli parlimen, kakitangan parlimen untuk nikmati Menu Rahmah, insya-Allah," katanya semasa menggulung perbahasan bagi KPDN hari ini.

Buat masa ini kata Salahuddin pihaknya akan melihat senarai menu yang sesuai untuk dihidangkan.

Menu Rahmah merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan orang ramai khususnya yang kurang berkemampuan menikmati hidangan tengah hari dan malam pada harga maksium RM5.

Ia melibatkan nasi putih, ayam atau ikan dan sayur. Setakat ini pelbagai pihak sudah menyambut inisiatif berkenaan.

Pada masa sama isu tersebut turut menarik kontroversi apabila Ahli Parlimen Kapar (PAS-PN) Dr Halimah Ali didakwa mengaitkan inisiatif berkenaan dengan kemungkinan risiko kesihatan seperti kanser dan autisme.

Ia mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk NGO yang berkaitan dengan autisme, pihak restoran serta individu yang mempunyai latar belakang perubatan.

Sesetengah mereka menganggap kenyataan itu adalah suatu penghinaan terhadap orang kurang upaya (OKU).

Bagaimanapun Halimah mendakwa dia tidak menuduh Menu Rahmah sebagai punca seseorang menghidap kanser atau austime. Sebaliknya ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menuduh media sebagai punca 'salah faham' tersebut.

Sementara itu Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang mencelah berkata dia tidak faham mengapa ada pihak tertentu yang memperlekeh atau mempolitikkan Menu Rahmah.

Mengulas lanjut Salahuddin berkata ketika ini semakin ramai pihak yang berkenaan tampil mahu menyertai inisiatif kerajaan termasuk rangkaian makanan segera di seluruh negara.

Ahli parlimen Pulai itu juga mengakui Menu Rahmah bukanlah penyelesaian jangka panjang kepada isu kos sara hidup di negara ini.

"Pasukan Bertindak Kos Sara Hidup yang di dalamnya ada 11 kementerian sedang berusaha keras untuk menangani isu sekarang," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Siap ler dapat tender ini...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 09:40 AM | Show all posts
tgkpada muka, dia ni tak berapa itu lah.  jgn mcm hari tu,  dia interview pakcit pekebun yg miskin, tiba2 dia yang meraung...  babeee laaa tektik gini.  babeee sgt taw.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn pulak menu rahmah ni lg byk lauk dr menu rahmah biasa...sbb org parlimen level kayangan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 11:12 AM | Show all posts
bagus..biar mp semua merasa makan ikan kembung sambal dgn sayur kobis je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 11:19 AM | Show all posts
MP naik bas pi parlimen..now kena makan menu Rahmah pulak..Bagus2..biar MP2 gaji berpuluh ribu sebulan tu rasa hidup mcm rakyat marhaen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2023 03:11 PM | Show all posts
mp kapar nanti trus kena cancer
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 04:51 PM | Show all posts
kan menu rahmah, tak perlu belanja lagi, semua kene beli menu rahmah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Halah2 gomen ni. Ckp ja menun rahmah.Tpi nnti hidang atas pinggan noritake ada orng serve bagai. Pastu dalam LO harga double triple gak. Nk rasa betul2 bawak pi mydin tu mkan situ sambil tengok sikit keadaan rakyat. Takpun tapau aja betul2 mcm kita tapau. X yah hidang2. makan aja pakai sudu plastik yang cepat patah tu dengan air mineral kecik. Hahahah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 10:47 PM | Show all posts
ye keeeerrr
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 08:08 AM | Show all posts
ni semua nak buat political stunt.

kebenarannya, ahli2 politik ni makan mewah.

kekesalannya, rakyat marhaen masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 08:27 AM | Show all posts
Propa ajar....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 08:49 AM | Show all posts
ada yang kata menu rahmah ni tak boleh dipertahankan pun, kalau tak salah ada baca mydin kata cuma boleh buat selama tiga bulan..

kalau dah itu masalah usaha patut dibuat ke arah mengekalkannya, buat usaha supaya resource untuk buat menu ni kekal murah ada dan senang didapati...

nak promote benda ni besar-besaran sekarang tp cuma bersifat sementara akan mengecewakan ramai orang, kerajaan sebagai organisasi besar perlu bertindak betul dan buat persediaan dan support jangka masa panjang jika itu plannya dan diterima ramai
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 24-2-2023 08:49 AM
ada yang kata menu rahmah ni tak boleh dipertahankan pun, kalau tak salah ada baca mydin kata cuma b ...

Apa punya mentaliti yg assume bantuan iteww wajib bersifat permanent kerana its the rakyat's  ENTITLEMENT?

Kasi malu agama je...mentaliti "Entitled" #tongkat yg teda kesudahan seperti ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 09:02 AM | Show all posts
so cafe2 kat bangunan kerajaan x tak nak kuatkuasa buat menu rahmah ke... lg2 cafe hospital dgn klinik
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 09:07 AM | Show all posts
stingerbumpy replied at 24-2-2023 08:58 AM
Apa punya mentaliti yg assume bantuan iteww wajib bersifat permanent kerana its the rakyat's  ENTI ...

ni bukan pasal mentaliti nak bantuan .. ini pasal mesej yang kerajaan nak bagi tau. kalau sementara bagi tau sementara.. biar rakyat deal dengan masalah mereka dengan betul


jadi, buat benda betullah. bagi tau mesejnya.. ini menunya sampai parlimen nak tunjuk apa .. padahal tak perlu pun




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2023 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
They can afford it they should pay from their own pocket la rasa macamana.  Ini nak jamu tapi guna duit rakyat juga pehal?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 24-2-2023 09:07 AM
ni bukan pasal mentaliti nak bantuan .. ini pasal mesej yang kerajaan nak bagi tau. kalau sementar ...

60 tahun sedap being spoon feed masih nak penerangan lagi?

Sedangkheun dlm kitab agama iteww sendiri sebut Tidak Tuhan mengubah nasib hamba2NYA kecuali hamba2NYA iteww sendiri mengubah nasib diri mereka...dlm erti kata yg lain...bantuan iteww secara spiritualnya bukan hak mutlak sesuatu kaum atau individu utk selamanya...kata anak jiran aku yg 3 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Udin Rahmah nak ajak YB YB menitiskan air mata sambil mrnjamah menu rahmah la tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 09:14 AM | Show all posts
stingerbumpy replied at 24-2-2023 09:10 AM
60 tahun sedap being spoon feed masih nak penerangan lagi?

Sedangkheun dlm kitab agama iteww send ...

kerajaan ada bahagian tugasnya kena bagi bantuan... memang tugas dia.


sejauh mana bantuannya, biar rakyat menilai dan buat perbandingan antara kerajaan yang memerintah...

tapi isunya disini apa pun tindakan kerajaan biar mesejnya jelas kepada rakyat... ianya akan beri kesan kerana akan ada rakyat yang berharap dan ingat ianya jangka panjang


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.434379 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list