CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 500|Reply: 0

Terusan Di Venice Kering, Penduduk Itali Bimbang Alami Kemarau Musim Sejuk

[Copy link]
Post time 22-2-2023 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk bimbang apabila Itali yang dilanda cuaca sejuk dan kering selama berminggu-minggu akan mengalami kemarau musim sejuk, dengan kawasan pergunungan Alps hanya menerima kurang separuh daripada salji biasa.


Saintis dan aktivis alam sekitar memberi amaran itu ketika Venice, sebuah bandar di mana banjir biasanya menjadi kebimbangan utama, menghadapi keadaan air surut luar biasa yang menyebabkan gondola dan water cab tidak dapat digunakan melalui terusan.




Reuters




Beberapa faktor dikesan menjadi punca antaranya kekurangan hujan, sistem tekanan tinggi, bulan penuh dan arus laut.


Po, sungai terpanjang di Itali yang mengalir dari Alps di barat laut ke Adriatik, didapati kurang 61 peratus air daripada biasa pada tahun ini, kata saintis dalam satu kenyataan.


Julai tahun lalu, Itali mengisytiharkan darurat di kawasan sekitar Po, yang menyumbang kira-kira satu pertiga daripada pengeluaran pertanian negara itu selepas kemarau paling teruk dalam tempoh 70 tahun.


"Kami berada dalam situasi defisit air yang telah meningkat sejak musim sejuk 2020-2021," kata pakar iklim, Massimiliano Pasqui, dari institut penyelidikan saintifik Itali CNR, kepada media tempatan.


"Kami perlu 500 milimeter air di wilayah barat laut, kira-kira 50 hari hujan," tambahnya.


Paras air di Tasik Garda di utara Itali telah jatuh ke paras terendah, membolehkan orang ramai sampai ke pulau kecil San Biagio melalui laluan yang terdedah.


Ramalan cuaca terkini walau bagaimanapun menunjukkan hujan dan salji mungkin akan turun dalam beberapa hari lagi.


Kemarau musim sejuk merujuk kepada keadaan iklim sejuk kering lantaran tidak menerima jumlah hujan yang mencukupi, atau salji tidak terbentuk dengan banyak walaupun sudah mencapai suhu yang sepatutnya.


Keadaan itu juga menyusutkan komposisi air dalam tanah, lalu menjadikan tanaman tidak mampu bertahan hidup.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.302046 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list