View: 1160|Reply: 8
|
Siti Bainun Nafi Bella Diberi Makan Cili, Najis Atau Disimbah Air Panas
[Copy link]
|
|
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bahawa kejadian remaja Sindrom Down dikenali Bella, diberi makan cili dan najis, disimbah air panas serta dimarahi, tidak pernah berlaku.
Justeru, Bainun menyifatkan keterangan saksi pendakwaan kelima (SP5), Yasmin Nahar Mahmood yang juga bekas penghuni Rumah Bonda itu adalah tuduhan palsu terhadapnya, lapor BH Online.
BH
Ketika pemeriksaan utama, peguam Mohammad Farhan Maaruf meminta Siti Bainun yang juga orang kena tuduh (OKT) untuk menceritakan kepada mahkamah kejadian yang dianggap sebagai tuduhan.
Mohammad Farhan: Tadi puan kata kejadian ini tak berlaku. Boleh puan ceritakan kejadian apa?
Siti Bainun: Semua tuduhan Yasmin terhadap saya.
Mohammad Farhan: Boleh ceritakan apa (tuduhan)?
Siti Bainun: Seingat saya Yasmin masa jadi saksi beritahu kononnya saya suruh dia ikat Bella setiap masa, saya suruh bagi makan cili, makan najis, simbah air panas, tekap kuali dan marah-marah.
Mohammad Farhan: Berkenaan simbah air panas, kenapa puan kata tak pernah berlaku?
Siti Bainun: Memang tak berlaku, sebab tiada keperluan saya buat macam itu terutama sekali kepada Bella.
Siti Bainun juga menjelaskan tidak pernah menekap kuali pada paha Bella dan mendakwa keterangan diberikan Yasmin mengenai kejadian itu juga tidak konsisten.
"Tak ada sebab saya nak buat kepada Bella dan kenapa Bella? Bella tak pernah susahkan saya walaupun sekali. Saya tidak perlu buat pada Bella dan bukan juga pada yang lain termasuk Yasmin, walaupun dia (Yasmin) paling banyak memeningkan saya hampir setiap hari," katanya.
Yasmin dalam keterangannya pada 14 April tahun lalu memberitahu mahkamah bahawa Bella diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh Siti Bainun.
Tambahnya, Bella juga dimarah dan diugut diberi air panas jika tidak mendengar cakap, selain ditendang di perut jika menjerit kuat ketika diberi suntikan picagari.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Jika sabit kesalahan, Bainun boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sudah la kau....tgk muka pun tau kau ni jns kaki dera!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak kedalam..jenuh laa haaiii |
|
|
|
|
|
|
|
Susah nak buktikan kan.. i rasa dia lepas kes dera. Neglect maybe dia sangkut. Sbb gagal bawak bella dapatkan rawatan |
|
|
|
|
|
|
|
rasa betul kut sangkut bab neglect jer....ehh takde org ke bukak benang pasal loyer AA..yang pasai adik dia tu
|
|
|
|
|
|
|
|
toynme replied at 22-2-2023 02:37 PM
rasa betul kut sangkut bab neglect jer....ehh takde org ke bukak benang pasal loyer AA..yang pasai ...
Malas nanti kena lod or saman kot. Loyer tu dia sentuh org x pa, orang x leh sentuh dia |
|
|
|
|
|
|
|
kahhhh...tau takpe....terpaling betul
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita kena tgu sampai hbs utk tahu kebenaran.tp kdg kita nk cerita kita ja betul..kalau sebaliknya kita xnk terima..aku dulu mako jg benon ni..tp aku baca dokumen mahkamah..aku relax sket dn mula berfikir yg mcm2 blh berlaku dn apa2 tgu aja hakim putuskan.
Aku rasa Peguam AA tu byk bg kesedaran supaya kita aware dgn ustax tu.jdkan kes adik dia sbg satu pengajaran buat semua.AA ni kena bantai kiri kanan dia lek2 ja aku tgk.kdg2 org gini bagus ada utk kita belajar sesuatu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|