CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 1

[Kedah] 4 anggota Maritim Malaysia direman disyaki terima rasuah

[Copy link]
Post time 22-2-2023 01:49 PM | Show all posts |Read mode
4 anggota Maritim Malaysia direman disyaki terima rasuah


Hamzah Osman
[email protected]



FOTO HIASAN




Langkawi: Seramai empat anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 1 Langkawi direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan pemerasan sebagai perlindungan kepada bot nelayan.

Perintah reman itu dikeluarkan Hakim Helmi Ghani di Mahkamah Sesyen di sini, selepas suspek dibawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, mereka yang ditahan adalah dua anggota Maritim Malaysia berpangkat Lanskar Kanan Maritim dan masing-masing seorang anggota berpangkat Bintara Muda Maritim dan Pegawai Waran II Maritim.

Katanya, penahanan kesemua suspek berusia lingkungan 30-an itu dilakukan susulan tangkapan dan siasatan kes sama yang dilakukan SPRM Perlis, baru-baru ini.

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki meminta suapan minimum RM500 hingga RM4,000 sebulan daripada beberapa pemilik atau 'tauke' bot nelayan.

"Mungkin ada lagi anggota dari agensi sama akan dipanggil bagi membantu siasatan kes ini tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata, terdahulu keempat-empat suspek ditahan di pejabat SPRM Langkawi kira-kira jam 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan bersabit kes berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Suzeliyana Hashim mengesahkan penahanan empat anggota penguatkuasaan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.




Disiarkan pada: Februari 22, 2023 @ 1:33pm
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2023 01:52 PM | Show all posts

Suspek anggota Maritim Malaysia diiringi anggota SPRM Perlis tiba di Mahkamah Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.800015 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list